Kekal muda dan jelita serta awet muda adalah dambaan setiap lelaki dan wanita. Pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kejelitaan. Ada yang mengamalkan petua awet muda, menggunakan produk-produk kecantikan yang ada di pasaran, mendapatkan rawatan di pusat-pusat kecantikan dan juga mengamalkan pemakanan yang sihat.
Di samping perkara yang disebutkan di atas, bagi golongan yang kaya dan berada, untuk mendapatkan kesan yang cepat, ada yang mengambil keputusan untuk mendapatkan suntikan plasenta. Ia menjadi pilihan kerana ia berkesan, ringkas, tahan lama, tidak mengandungi toksik dan bebas risiko. Plasenta yang biasa digunakan adalah plasenta manusia dan plasenta kambing biri-biri.
Plasenta manusia
Plasenta manusia yang digunakan untuk suntikan untuk mengekalkan kejelitaan wajah adalah uri atau juga dikenali dengan tembuni iaitu ketulan daging yang bersambung kepada bayi dengan tali pusat semasa bayi dilahirkan. Plasenta manusia amat berkesan kerana ia megandungi banyak hormon bermanfaat untuk kecantikan, antaranya seperti human growth hormone (HGH), cotricotropin releasing hormone (CRH), adrenocorticoltropic hormone (ARTH) dan gonadotropin releasing hormone (GnRH). Ia juga mengandungi cytokines iaitu system imunisasi manusia yang mengandungi sel-sel yang berbeza untuk menghalang jangkitan penyakit.
Plasenta kambing biri-biri
Plasenta kambing biri-biri adalah uri atau tembuni yang didapati semasa anak biri-biri dilahirkan. proses penghasilan estrak plasenta kambing biri-biri adalah lebih rumit jika dibandingkan dengan mendapatkan estrak plasenta manusia kerana ia bukannya secara semulajadi bebas daripada penyakit berjangkit. Terdapat banyak virus yang terdapat didalam plasenta haiwan ini yang berpunca daripada serangga.
Plasenta biri-biri adalah jauh lebih mahal daripada plasenta manusia kerana ia memerlukan kajian yang terperinci untuk memastikan ianya bebas dari virus yang menyebabkan penyakit berjangkit. Kos kajian inilah yang menaikkan harganya di pasaran. Walaubagaimanapun, plasenta biri-biri tetap tidak boleh menandingi plasenta manusia dari segi keberkesanannya.
16 comments:
yekk. geli nyer...
Sah2 la haram kalau kita suntik plasenta ni ke dalam tubuh kan...ades...geli tgk..huhuh
dari segi hukum camna? org islam boleh inject ke?
isk..tak nak la suntik2 nih
dibolehkan ke dlm Islam yea kak?
eMMa dan ella - dari segi hukum Islam tak pasti la...guna plasenta manusia tu tak boleh kut. Apa-apa pun, nanti saya cuba cari maklumat lagi pasal ni.
kalau memakai plasenta manusia sebagai bahan kevcantikan untuk menjadikan kulit tetap cantik sungguh sanagt mengerikan ya....
haram kan?
lama2 pun tua jugak...buh benda2 haram buat susah masa nak mati jer..!!!
smua org nk cntik tp tgok la keadaannya mcm mana..klau smpai suntik menyuntik dan niat plak dh terpesong,memang sah2 bdosa la bg org islam mcm kita ni..
kambing oh kambing.. panggang pon sodap..
euuu.. mcm geli jer
aiyak...tak cantik pun xpela...tamo plasenta2 nie terutama plasenta mnusia tuh..huhu..geli lak...
plasenta tu bukan kena cuci dan tanam ke??
haram mmg haram..tp
tp plasenta ni dlm mse satu saat lpas suntik,nmpk muke glow sgt..haraam atau x tu x tau la
haram mmg haram..tp
Good sharing, one highly recommended supplement is sheep placenta, which has long been used to revitalise and enhance our energy and skin complexion, as well as to slow down the ageing process. CellLabs CLASSaaNTA sheep placenta or CellLabs sheep placenta contains other antioxidants like marine collagen, aloe vera powder, avocado oil, lycopene and astaxanthin. These help to build stronger hair and nails, strengthen our immune system, reduce ageing signs, elevate our energy levels and enhance our body’s defence mechanism. For detail visit:
http://kidbuxblog.com/great-deals-on-age-delaying-sheep-placenta-extract/
Best Regards,
Split Queen Box Springs or split queen box spring
Post a Comment