Friday, 7 January 2011

Ayam goreng berempah

Bahan-bahan:
  • 500 gram ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih 
  • 4 cm halia
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan :
  1. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Kemudian lumurkan bahan kisar pada ayam.
  3. Gaulkan bersama serbuk kunyit, jintan manis, serbuk cili dan garam.
  4. Perapkan seketika agar rasa dapat masuk ke dalam ayam.
  5. Gorengkan dengan minyak yang banyak dan panas sehingga garing.

No comments: