Sunday 31 October 2010

Khasiat penting untuk bakal ibu



Hampir setiap hujung minggu dan musim cuti sekolah ramai pasangan mendirikan rumah tangga.  Selepas farsa ini mereka akan menempuh farsa kedua iaitu menjadi  ibu dan bapa.  Persediaan untuk menjadi ibu bapa adalah amatlah penting untuk memastikan kesihatan anak yang bakal lahir.  Oleh itu para bakal ibu dan bakal bapa perlu tau tentang nutrients yang penting untuk mendapatkan kehamilan yang sihat dan di mana untuk mendapatkannya.  Dibawah ini saya senaraikan lapan nutrients yang penting untuk bakal ibu.



1.  Protein
Protein adalah asid amino yang membantu membina badan anak anda.  Protein inilah yang akan menjadi daging, otot, kulit dan organ-organ penting.  Protein boleh didapati dari telur, daging, ikan, susu penuh krim, yogurt, keju, mentega kacang, air soya, kekacang dan sebagainya.  


Friday 29 October 2010

Petua menegangkan kulit (masker tradisional)

Beberapa hari lepas aku banyak berkongsi petua-petua tentang rambut. Aku rasa petua-petua tentang penjagaan rambut tersebut telah melingkupi semua sudut.  Jadi hari ini aku ingin berkongsi dengan anda semua tentang petua menegangkan kulit.

Caranya adalah, ambil sedikit kulit pisang masak, kisar atau tumbuk hingga halus.  Setelah itu campurkan dengan sebiji putih telur dan gaulkan sehingga sebati dan disapukan ke muka seperti memakai masker.  Biarkan sehingga kering.  Setelah itu cuci dengan air bersih.  Lakukan tiga hingga empat kali seminggu.  Insyallah wajah anda akan nampak bersih dan tegang.

Cuba elakkan blog dari terlalu berat.

Ada blog-blog yang saya lawati mengambil masa yang lama untuk di buka.  Kadang-kadang saya tunggu, kadang-kadang saya tinggalkan jer kalau lama sangat. 

Cara-cara untuk mengelakkan masalah blog berat adalah seperti di bawah.  Makluamt di bawah adalah dalam Bahasa Inggeris.  Harap semua boleh faham.  Kalau tak faham, tengok kamus ya. Ini saya copy dan paste jer dari maklumat google.

How can I make my blog load faster?

The speed at which your blog loads is critical to attracting more readers to your blog. If your blog takes a long time to load, many readers may leave your blog before they have the chance to read it. Here are a few tips and tricks that will help your blog load faster and attract more users:

Posts

Your blog's load time can be affected by the number of posts you display on your main page. You can easily edit the number of posts displayed of the main page from the Settings | Formatting tab. You can then select the number of posts you want to display on the main page. We recommend displaying 10 or fewer posts on the main page.

Thursday 28 October 2010

Makanan yang mengandungi lemak khinzir


Buah Lychee Mengandungi Lemak Khinzir


KESEMUA YG DI DALAM GAMBAR MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.


JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.
.
Lagi Info:

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website

http://www.halaljakim.gov.my/

Salam Ukhwah.
Petikan dari blog :
http://billyinfo.blogspot.com

Saya baca jer ni, rasa agak terkejut, Laici ni saya biasa beli dan makan masa bulan puasa, Ades!!.......

Petua mencegah rambut gugur dan melebatkan rambut

Mungkin ada yang hairan, kenapa layout blog ini bertukar tukar kan.....Aku masih baru dalam bidang blog. Masih tercari-cari susun atur yang sesuai dan widget-widget yang bagus untuk blog ku ini.  Kalau ada pendapat yang bagus dari pembaca, saya dengan rela hati menerimanya.

Hari ini aku ingin berkongsi lagi dua petua yang mudah.  Yang pertama adalah:

Mencegah rambut gugur

Ambil dua biji limau nipis dan belah dua.  Gosokkan limau tersebut pada kulit kepala dan arambut.  Kemudian ambil putih telur sapukan pada rambut terutama pada bahagian kepala yang banyak mengalami keguguran.  Biarkan sepuluh minit, dan bersihkan.

Petua ke dua adalah:

Melebatkan rambut

Campurkan pati santan bersama asam jawa.  Kacau hingga sebati dan sapukan ke kulit kepala.  Balut kepala dengan tuala dan biar selama satu jam.  Kemudian cuci dengan air bersih.  Amalkan seminggu sekali.

Wednesday 27 October 2010

Mengilat dan melembutkan rambut

Petua kali ini insyaallah mujarab untuk semua bangsa, warna kulit dan warna rambut.  Ambil dua cawan pati santan, dua batang daun lidah buaya, lima helai daun pandan dan kuning telur.  Kisar daun pandan dah daun lidah buaya- ambil airnya.   Kemudian campurkan kuning telur dan kacau hingga sebati.  Sapukan bahan ini di kepala dan urut kepala selama lima minit.  Setelah selesai, balut kepala dengan tuala basah selama sepuluh minit, kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.  Kalau kulit jenis berkelemumur, tambahkan sedikit air perahan limau purut.  Amalkanlah selalu untuk mendapatkan kesan yang memuaskan.

Petua menyuburkan rambut serta menghitamkannya

Tumbuk biji buah langsat hingga halus.  Sapukan ke seluruh kulit kepala.  Lakukan sebelum masuk tidur dan bersihkan keesokan harinya.  lakukanlah dua kali seminggu, insyallah rambut anda akan menjadi kuat subur dan hitam.  Bagi Mat Salleh yang mengamalkan petua ini, maaf ya!! Rambut cuma akan menjadi subur, kuat dan lebat; ia takkan menjadi hitam ..........(he ..he..he)

Cara mengatasi kelemumur

Ramai antara kita mengalami masalah kelemumur.  Bermacam-macam syampu di pasaran telah dicuba tetapi ia cuma bertahan sekejap sahaja.  Untuk yang mengalami masalah tersebut, ini ada satu lagi cara yang mungkin boleh dicuba.

Mula-mula ambil segenggam daun inai (sebaik-baiknya daun inai tua) dan satu sudu teh (yang telah direndam dengan air panas selama sepuluh minit), digiling halus dan lumat.  Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan perap selama satu jam kemudian dibersihkan.  Amalkanlah petua ini tiga minggu sekali, insyaallah masalah kelemumur akan berkurangan sikit demi sedikit.

Monday 25 October 2010

Petua mencari jodoh bagi wanita

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang petua untuk mencari jodoh terutamanya kepada wanita, semoga ia dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Petua yang pertama - Jika kita ingin disukai oleh orang sekeliling, yang penting sekali adalah hati.  Jika hati bersih maka terpancarlah ia ke wajah kerana wajah tak boleh menipu. Jauhi dari sikap-sikap negatif seperti membenci, meluat dan menyampah kepada orang sekeliling.

Petua ke dua - Sentiasalah bersikap dan berfikiran positif.  Elakkan dari mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar.  Juga janganlah mudah berperasangka buruk kepada orang sekeliling.

Petua ketiga - Elakkan dari suka mengumpat dan mengata orang kerana ia akan mengajar hati menjadi jahat.  Apabila sifat ini bersarang di hati, ia akan memancarkan sifat buruk ini ke muka....maka hilanglah seri muka, di samping itu ia akan menambahkan dosa kepada orang yang diumpat dan kepada Allah.  Jika anda pernah melakukan ini, bertaubatlah.

Petua keempat - Berikhtiarlah dengan membaca ayat 1000 dinar dan surah Yusuf  ayat 4 tiap kali selepas solat dan berdoalah kepada Allah kerana jodoh pertemuan adalah di tangan Allah.  Disamping itu bolehlah mengamalkan mandi bunga kerana ia boleh membantu menaikkan seri wajah.

Petua kelima - Sentiasa menjaga tutur kata dan tata susila sebagai wanita muslim dan perempuan Melayu.  Jangan sesekali bercakap kasar kepada orang sekeliling terutama kepada lelaki kerana lelaki tidak suka perempuan yang berpelakuan dan mempunyai bahasa pertuturan yang kasar;  tetapi jangan pula terlalu lembut.  Ala kadar dalam tingkah laku.

Petua keenam - Mempunyai perasaan sayang dan perihatin terhadap orang lain juga adalah penting. Jangan bersikap mementingkan diri sahaja.

Dengan mengamalkan semua dia atas insyaallah akan dapat menjadikan anda wanita dambaan lelaki.  Semoga ia dapat membantu serba sedikit dalam mencari jodoh.

Sunday 24 October 2010

Gelagat anak ku hari ini

Hari ini anak kecil ku Ain, bangun awal pagi, pukul 7.00 pagi dia dah dah bangun.  Selepas mandi dan minum susu, dia menarik ku ajak keluar jalan-jalan.  Aku bawa dia jalan- jalan di sekitar kawasan perumahan.  Seronok sangat dia.  Dia ketawa bila melihat kucing, burung dan ayam.  Gembira sungguh hati ini melihatnya ketawa gembira.  Esok umurnya dah setahun lima bulan....  Cepat sungguh masa berlalu.

Hari ini anak ku dapat seorang kawan baru, Fikri namanya, muda 3 bulan dari anakku.  Dia adalah cucu dari tuan punya kedai runcit di kawasan perumahan ku.  Masing-masing nampaknya malu- malu sebab baru kenal. 

Ain sekarang, kalau makan nasi nak suap sendiri.  Puas aku cuba suapkan nasi, dia tak mau.  Suamiku pun cuba suapkan dia...tak mau juga..Akhirnya suami ku bagi dia suap makanan sendiri,  baru la dia nak makan.  Dia sekarang tak nak makan bubur, tak nak makan nestum.  Dia nak makan apa yang ayah dan ibunya makan.

Makanan yang paling Ain suka adalah mee, tak kisah la bee-hoon ke atau mee kuning, janji mee.  Mee maggie pun dia suka.  Kalau aku masak makanan kegemaran dia ni, tak sempat-sempat nak makan.  Dia juga dah boleh makan makanan yang pedas sedikit.

Itulah dia kan.....anak...anugerah Allah.  Macam mana nakalnya dia.. macam mana degilnya dia..macam mana bersepah pun rumah di sepahkan dia, bagaimanapun berserabutnya rumah sebab almari habis diselongkarnya.....tetap sayang dia juga.

He! he! he!....seronok memikirkannya.........

Saturday 23 October 2010

Pesanan si ibu kepada anak remaja perempuannya

Pada hari Sabtu petang lebih kurang pukul 4.00, seorang ibu sedang menonton TV bersama anaknya yang berusia 13 tahun.  Sedang asyik menonton TV si anak bersuara, "Ibu!!, kat sekolah kan kawan-kawan intan ramai yang dah ada 'boyfriend'.  Lepas tu kan, ada budak lelaki ni, dia tingkatan 3, dia nak kawan ngan Intan la ibu", kata si anak.  "Dia kata nak jadi 'boyfriend ' Intan.  Boleh ke ibu???", tanya si anak.

"Berkawan boleh, tapi kita kena tahu batas-batasnya sebagai orang Islam.  Kena tahu bezakan yang mana halal, yang mana haram, yang mana berdosa dan yang mana tidak, yang mana boleh yang mana tak boleh...  Kalau nak berjumpa tu jangan berdua saja, sentiasa bawak kawan perempuan sekali.", kata ibunya.  Kalau lelaki tu faham tentang hukum hakam Islam, pasti dia faham.  Kalau lelaki tu nampak cenderung kepada perlakuan yang tak baik, lebih baik elakkan diri dari berkawan dengan dia.  Lelaki yang baik adalah lelaki yang menghormati seorang wanita.  Yang tahu hukum hakam Islam dan mengamalkannya.", nasihat si ibu.

"Intan!!, kamu harus menyayangi dan menyintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya.  Kalau kamu menyayangi Allah dan Rasul serta ibu dan ayah, pasti kamu takkan sanggup nak melukakan hati kami semua kan???..Ingat tu.  Harap kamu dapat melakukannya dengan baik serta bijak dan tak melanggar batas-batas sebagai seorang gadis Islam yang taat.  Ibu tau Intan mampu melakukannya dengan baik.", tambah si ibu lagi.  "Baik ibu, terima kasih. Sayang ibu", kata si anak sambil memeluk ibunya.

Friday 22 October 2010

Petua mengatasi kulit berminyak

Kali ini saya akan teruskan dengan petua untuk wajah.  Untuk mengatasi kulit wajah yang berminyak, ambil tujuh helai daun sirih, basuh dan tumbuk hingga hancur dan lumat.  Setelah lumat, campurkan dengan dua gelas air sejuk dan basuhlah muka setiap hari dengan air tersebut.  Secara beransur-ansur keadaan kulit yang berminyak akan berkurang.  Insyaallah.

Petua menghilangkan bintik-bintik hitam di kulit muka

Ambil kapur sirih dan rendam dalam air.  Air kapur tersebut disapukan ke muka dan biarkan selama 10 minit.  Selepas itu cuci muka dengan air dan pembersih muka.  Amalkan setiap hari.  Insyaallah akan menampakkan kesan dalam seminggu.

Thursday 21 October 2010

Petua menghilangkan kedut di muka

Ambil beberapa helai daun sirih dan tiga sudu beras.  tumbuk kedua dua bahan ini hingga hancur dan lumat.  Selepas itu lumurkan pada bahagian muka dan leher.  Biarkan beberapa minit sebelum dibersihkan.

Wednesday 20 October 2010

Petua menaikkan seri wajah

Bagi yang tinggal di kawasan kampung dan kawasan yang ada rumput, selepas solat Suboh, ambil air embun di hujung rumput dengan kedua tapak tangan kemudian sapukan air embun tersebut menggunakan kedua tapak tangan ke muka.  Caranya adalah sapu dengan dimulakan dari dagu naik ke dahi sambil berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w.  Amalkanlah petua ini setiap hari, mudah mudahan diserikan wajah oleh Allah dan awet muda.

Kepada yang duduk di bandar dan di kawasan perumahan yang tiada rumput, daun inai juga boleh digunakan.  Caranya adalah, rebus daun inai tersebut dan biarkan ia sejuk.  Cucilah muka di waktu pagi dan malam menggunakan air daun inai tersebut.  Dengan mengamalkannya setiap hari akan menyerikan wajah dan wajah akan kelihatan kemerah merahan walau tidak menggunakan sebarang alat mekap.  Sebaik-baiknya biarlah air tersebut kering di muka.  Tapi hati-hati.  Jangan gunakan daun inai terlalu banyak, di kuatiri muka akan menjadi merah inai.......Jika terjadi begitu, jangan salahkan saya.  Cukuplah gunakan daun inai itu ala kadar sahaja..

Monday 18 October 2010

Cara menghilangkan/mengurangkan bau yang kurang enak ketika haid

Ok, hari ini saya akan sambung sedikit lagi maklumat tentang penjagaan diri ketika haid.  Sesetengah wanita  mengalami darah haid berbau.  Pasti keadaan ini kurang selesa dan membataskan pergaulan dan aktiviti harian.  Disini saya akan berkongsi petua untuk mengurangkan bau yang kurang enak tersebut.

Petua pertama ialah ambil jadam sebesar ibu jari dan asah didalam lesung batu.  Campurkan dengan sedikit air masak.  Campurkan juga dengan sedikit air asam jawa.  Tapis dan amalkan minum tiga hari berturut-turut.

Petua kedua, ketika dalam haid elakkan atau kurangkan makan ayam dan daging kerana ia akan menyebabkan darah haid hanyir dan berbau.

Petua ketiga, bersihkan tempat sulit dengan menggunakan air rebusan sirih yang dicampur dengan jintan hitam dan garam kasar.  Jika ada kelapangan, elok juga bertangas pada hari keenam, ketujuh dan kelapan.

Saturday 16 October 2010

Penjagaan diri semasa haid

Hari ini aku memulakan tugas sebagai surirumah seperti biasa, iaitu memandikan anak, membasuh, memasak, lipat kain dan lain-lain.  Suami ku pula hari ini, selepas membersihkan kereta, dia  memvacuum rumah.  Dalam pukul 2 petang, teman suamiku tiba. Dia mencadangkan suamiku menjadi pelabur bagi perniagaan barunya.  suamiku dicadangkan menjadi "sleeping partner" sahaja dan akan menerima RM1 dari setiap jualan.  Keputusan belum dibuat lagi.  Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini, banyak perkara yang perlu difikirkan dan dipertimbangkan.  Pada pukul 5.30 petang lebih kurang, aku dan suami membawa anak kami ke taman permainan.

Pada sebelah malam pula, teman suami ku telefon mengajaknya keluar.  Dia keluar rumah lebih kurang pukul 9 malam.Anak ku pula telah tidur.  Masa ini aku ambil untuk menulis di blog ini.

Hari ini aku ingin berkongsi apa yang ku baca dari majalah majalah lama iaitu majalah Nona dan Wanita.  Topik yang ingin ku kongsikan hari ini adalah Penjagaan diri semasa haid.

Semasa haid sebaiknya elakkan makan nenas, jambu batu, ayam, daging,  dan benda-benda sejuk dan bisa seperti betik, bayam, kangkung dan air kelapa.  Kalau teringin juga untuk makan jambu batu, elakkan makanan isi lembut yang di tengah buah jambu yang mengandungi biji jambu.  Isi lembut jambu ini boleh menyebabkan angin.

Semasa haid elakkan minum minuman berais dan berkafein seperti kopi dan nescafe.  Kurangkan juga makan makanan laut. Sebaiknya elakkan juga dari mandi air sejuk. Perbanyakkanlah minum air rebusan halia kerana ia mampu untuk membuang angin dalam badan, memecahkan lendir dan melancarkan perjalanan darah.

Cara penyediaan air rebusan halia

Ambil halia tua dan rebusnya dengan dua atau tiga liter air.  Jumlah halia tersebut adalah dalam anggaran setengah bahagian air.  Campurkan gula kabung atau gula melaka secukup rasa, sedikit gula batu, pandan, sebatang serai wangi, setengah sudu kecil halba serta satu sudu kecil jintan hitam.

Diharap maklumat ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.