Saturday, 16 October 2010

Penjagaan diri semasa haid

Hari ini aku memulakan tugas sebagai surirumah seperti biasa, iaitu memandikan anak, membasuh, memasak, lipat kain dan lain-lain.  Suami ku pula hari ini, selepas membersihkan kereta, dia  memvacuum rumah.  Dalam pukul 2 petang, teman suamiku tiba. Dia mencadangkan suamiku menjadi pelabur bagi perniagaan barunya.  suamiku dicadangkan menjadi "sleeping partner" sahaja dan akan menerima RM1 dari setiap jualan.  Keputusan belum dibuat lagi.  Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini, banyak perkara yang perlu difikirkan dan dipertimbangkan.  Pada pukul 5.30 petang lebih kurang, aku dan suami membawa anak kami ke taman permainan.

Pada sebelah malam pula, teman suami ku telefon mengajaknya keluar.  Dia keluar rumah lebih kurang pukul 9 malam.Anak ku pula telah tidur.  Masa ini aku ambil untuk menulis di blog ini.

Hari ini aku ingin berkongsi apa yang ku baca dari majalah majalah lama iaitu majalah Nona dan Wanita.  Topik yang ingin ku kongsikan hari ini adalah Penjagaan diri semasa haid.

Semasa haid sebaiknya elakkan makan nenas, jambu batu, ayam, daging,  dan benda-benda sejuk dan bisa seperti betik, bayam, kangkung dan air kelapa.  Kalau teringin juga untuk makan jambu batu, elakkan makanan isi lembut yang di tengah buah jambu yang mengandungi biji jambu.  Isi lembut jambu ini boleh menyebabkan angin.

Semasa haid elakkan minum minuman berais dan berkafein seperti kopi dan nescafe.  Kurangkan juga makan makanan laut. Sebaiknya elakkan juga dari mandi air sejuk. Perbanyakkanlah minum air rebusan halia kerana ia mampu untuk membuang angin dalam badan, memecahkan lendir dan melancarkan perjalanan darah.

Cara penyediaan air rebusan halia

Ambil halia tua dan rebusnya dengan dua atau tiga liter air.  Jumlah halia tersebut adalah dalam anggaran setengah bahagian air.  Campurkan gula kabung atau gula melaka secukup rasa, sedikit gula batu, pandan, sebatang serai wangi, setengah sudu kecil halba serta satu sudu kecil jintan hitam.

Diharap maklumat ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

No comments: