Ramai antara kita mengalami masalah kelemumur. Bermacam-macam syampu di pasaran telah dicuba tetapi ia cuma bertahan sekejap sahaja. Untuk yang mengalami masalah tersebut, ini ada satu lagi cara yang mungkin boleh dicuba.
Mula-mula ambil segenggam daun inai (sebaik-baiknya daun inai tua) dan satu sudu teh (yang telah direndam dengan air panas selama sepuluh minit), digiling halus dan lumat. Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan perap selama satu jam kemudian dibersihkan. Amalkanlah petua ini tiga minggu sekali, insyaallah masalah kelemumur akan berkurangan sikit demi sedikit.
1 comment:
terima kasih cempakamelati....tips yg kina cari² sgt!
Post a Comment