Saya selalu membawa anak saya yang berumur 3 tahun ke tempat suami saya berniaga iaitu di Bukit Jelutung Shah Alam. Di sana tiada kanak-kanak yang sebaya dengannya untuk bermain. Oleh itu saya bekalkannya Tablet sebagai peleka ketika kami menjalankan perniagaan.
Kebiasaannya tablet itu digunakan untuk bermain permainan sambil belajar 'Baby Bus' dan juga untuk menonton Televisyen. Selain dari itu ia juga digunakan untuk menonton cerita kartun seperti Snow White, Cinderella, Mickey Mouse Clubhouse dan banyak lagi di Youtube.

Kadangkala kualiti audio cerita-cerita yang disiarkan di Youtube adalah rendah dan sangat perlahan untuk didengar terutamanya ketika suasana sibuk dan ramai orang. Oleh itu saya terfikir untuk membeli speaker tambahan untuk tablet tersebut.
Semalam (21 Oktober 2012) saya telah menemani adik saya ke Alam Sentral, Shah Alam untuk mencari aplikasi yang diperlukannya untuk Forex Forum dan blog. Dalam perjalanan balik (masih di Alam Sentral) kami telah tertarik dengan satu kedai yang mempamerkan berbagai jenis speaker kecil dan comel. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Setelah meneliti reka bentuk dan mendengar kualiti audio spekar-speaker tersebut kami membuat keputusan untuk membeli speaker yang mempunyai kualiti 'base' yang sedap didengar. Nak tahu macam mana rupa spekar yang saya beli?