Menurut Profesor Takeshi Tanigawa dari Universiti Ehime, Jepun, yang saya baca dari majalah Keluarga Harmoni Bil: 111; karaoke merupakan pilihan tepat bagi golongan pekerja untuk melepaskan kepenatan dan menghilangkan stress akibat rutin pekerjaan. Menyanyi menyebabkan anda terpaksa mengawal nafas secara teratur yang mana sangat baik untuk
mengendurkan saraf tegang dan
melancarkan pengaliran darah; sekaligus
merendahkan masalah penyumbatan salur darah.
Pada pendapat saya, bagi orang Islam, membaca
al-Quran juga memberikan kesan yang sama malah mungkin lebih baik, kerana, membaca al-Quran dengan tajwid yang sempurna menyebabkan secara tidak langsung kita terpaksa mengawal pernafasan dengan baik. Dengan mengamalkan membaca al-Quran selalu insyaallah, disamping menyediakan bekalan untuk akhirat, kita juga mendapat kesihatan tubuh badan dan ketenangan jiwa. Maha Suci Allah.. Dialah yang Maha Mengetahui sesuatu.