Kesihatan jantung amat berkait rapat dengan pemakanan yang kita makan hari-hari. Pengambilan makanan yang berkhasiat serta mengandungi kandungan kolesterol yang rendah amat membantu dalam penjagaan kesihatan jantung. Penjagaan terhadap pemakanan dan jantung perlu saling melengkapi. Pemakanan sihat akan memberi kesan kepada usaha mengurangkan tahap kolesterol, sekaligus mengelakkan risiko serangan jantung.
Pengambilan makanan yang kaya dengan gandum, protein, serat serta antioksidan dan rendah kandungan kolesterol ditambah lagi dimasak dengan menggunakan minyak zaitun amat baik untuk jantung kerana minyak zaitun mampu membantu mengurangkan kolesterol dalam darah.
Sayur juga boleh menjadi diet yang paling mudah dan ringkas kerana ia secara semulajadi rendah lemak dan kalori dan tidak mengandungi kolesterol. Ia adalah sumber penting untuk pelbagai jenis nutrien termasuk potassium, serat, folat (asid folik), vitamin A dan vitamin C.