Meluangkan masa bercuti bersama keluarga dan anak-anak adalah perkara yang positif dan memberikan kegembiraan dan memori indah kepada anak-anak terutama kanak-kanak. Anak kecil yang mana yang tidak akan menunjukkan reaksi dan keterujaan apabila diberitahu oleh ibu bapa mereka yagn mereka hendak pergi bercuti.
Untuk memastikan percutian keluarga anda berjalan lancar. Perancangan yang teliti adalah diperlukan terutama perancangan kewangan. Rancanglah percutian yang sesuai dengan budget anda.
Berikut adalah beberapa tips yang saya yang saya fikir bermanfaat untuk dikongsikan bersama pembaca iaitu:
1. Perancangan awal

- Pilihlah destinasi dan tarikh percutian beberapa bulan sebelum pergi bercuti. Ia adalah amat penting agar anda boleh menganggarkan kos perbelanjaan keseluruhan.
2. Pakej promosi
- Untuk mengurangkan kos perbelanjaan, anda boleh bercuti ketika adanya pakej-pakej promosi. Pakej-pakej promosi ini boleh anda dapati dari syarikat-syarikat pelancungan dan syarikat penerbangan.
- Sebagai contoh, untuk penerbangan ke Lombok Indonesia dari 1 November 2013 hingga 23 Januari 2014, Air Asia mengadakan promosi tambang murah dari Kuala Lumpur ke Lombok serendah RM199.00 sahaja. Untuk mendapatkan tambang rendah tersebut, tempahan harus dibuat dari sebelum 18 Ogos 2013.