Monday, 29 November 2010

Pentingnya register sebagai follower dan register link di link widget

Cara saya berblog walking tiap-tiap hari adalah dengan klik di Follow / Ikut widget.  Andai di sini tiada link untuk ke blog follower, saya akan cek kat Link Widget.  Sambil-sambil itu saya akan melawat blog kepada pengunjung yang meninggalkan pesanan di Kotak Sembang.

Selepas habis melawat semua follower baru lah saya akan melawat kawan-kawan lain di blog yang saya follow pula dan kemudiannya kawan-kawan yang hanya register di Link Widget sahaja.  Yang mana saya belum follow saya akan follow mereka semula.  Saya akan baca dan kalau saya rsa nak beri ulasan, saya akan beri ulasan di kotak ulasan, kerana kalau cuma bagi ulasan kat kotak sembang sahaja, lama-lama ulasan itu akan tertolak kebawah, dan lama kelamaan akan hilang.  Saya harap para pengunjung ke blog saya juga buat begitu.

Yang amat merisaukan saya sekarang ini adalah, ramai juga follower-follower saya bila saya klik di follow widget, tak de link ke laman web mereka, cek di Link Widget pun takde register link.  Kepada mereka ini saya minta maaf sangat-sangat kerana saya tak dapat pergi ke blog kamu. Oleh itu, kepada follower-follower saya yang belum register link mereka di link widget, saya harap sangat-sangat kamu register ya!!.

Semoga kita akan sama-sama dapat keep intouch...Semoga hubungan kita sebagai blogger akan berkekalan.

Sunday, 28 November 2010

Sup daging - masakan tengahari ku hari ini

Gambar hiasan


Nak masak apa ya hari ini.  Hari-hari masak ni kadang sampai dah takde idea nak masak apa.  

Apa kata hari ni masak sup daging!!! Hmmmm!!. 

Mula mula aku potong daging kecil-kecil.  Selepas siap, aku masukkan air ke dalam periuk dan jerang.  Sambil menunggu air menggelegak, aku potong 5 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan halia sebesar ibu jari dan kisar.  Sambil itu aku kisar guna pengisar kering 1 sudu kecil jintan manis, 1 sudu kecil jintan putih, 2 kuntum bunga lawang, 1 sudu kecil lada hitam, sebatang kulit kayu manis yang kecil, dan 1 sudu kecil buah pelaga. 

Saturday, 27 November 2010

Jual-beli tokek--satu hal yang sangat serious--jangan buat main

Gambar hiasan

Hari ini aku nak kongsi ngan korang semua pasal aktiviti penjualan tokek ni.  Bila aku tau cerita ni, cam tak percaya lak.  Jual beli tokek ni rupanya disertai dengan saintis, bodyguard, kereta-kereta mewah yang mengiringi pembeli, dan orang-orang yang terlibat dengan urusan jual beli tokek ni.  Dia bukan macam kita jual ikan ke atau jual kucing ke..

Aku cam tak percaya....situasinya cam cerita-cerita Inggeris, bila sesuatu benda penting dihantar dari satu tempat ke satu tempat, perlu ada pengiring, bodyguard yang bersenjata dan lain-lain..korang faham kan!!!

Thursday, 25 November 2010

Stop child abuse- Hentikan penderaan kanak-kanak

Penderaan kanak-kanak bermaksud dera atau pun melakukan perbuatan zalim keatas kanak-kanak sama ada penderaan fizikal, mental dan seksual.

Penderaan fizikal

Penderaan fizikal adalah seperti memukul sehingga mencederakan diri kanak-kanak tersebut, mencucuh puntung rokok ke atas badan kanak-kanak, menghempas bayi ke lantai, mencucuh penggosok baju ke badan kanak-kanak, menyepak, menendang, menggoncang bayi dengan kuat dan sebagainya.  Sila baca dan renungkan keadaan yang terjadi pada kanak-kanak yang saya sertakan di bawah.

Cedera akibat digoncang dengan kuat



Wednesday, 24 November 2010

Kempen sayangi bayi anda


Setelah membaca artikel tentang kempen ini di blog Alienelliz, hati saya trus terdetik untuk menulis perkara yang sama tanda sokongan saya terhadap kempen beliau.

Sayangilah bayi anda kerana merekalah bakal penghuni dan menjadi khalifah di dunia ini.  Hentikanlah perbuatan membuang bayi, kerana mereka juga manusia seperti anda..Bayangkanlah jika anda di tempat mereka....renungkanlah sejenak....

Monday, 22 November 2010

Hmmm dah lama tak makan buah kuinin





Korang kenal tak buah kuinin??? Ianya seakan mangga tapi mempunyai bau yang sangat wangi.  Aku dah lama tak makan kuinin ni...susah nak jumpa zaman sekarang ni.  Dulu kat kampung aku kat Batu 20 Kuang, jiran aku ada pokok kuinin besar..lebat buah dia...puas makan..sekarang tak de dah.

Ni lah nak cerita...ada dua budak India datang kat umah aku pagi tadi dalam kul 10.00.  Dia bawak 13 biji kuinin...dia nak jual sebiji 50 sen...aku kata semua RM5.00 dah la....dia setuju..

Apalagi , dapat jer buah tu aku terus kupas dan makan 2 orang ngan Ain...fuh sedap....

Peringatan tuk korang:  Buah kuinin ni jangan sesekali korang buat sambal belacan...nanti semua buah  ...untuk batch yang akan datang akan busuk berulat...oleh itu kasihanilah pemilik pokok tu ya!!

Sunday, 21 November 2010

Tips penjagaan tokek

Tips penjagaan tokek

Makanan
Tokek memakan semua jenis serangga, cicak rumah, anak tikus, cengkerik, hati ayam yang dipotong kecil-kecil serta  kulit ayam yang dipotong kecil-kecil.  Mengikut pengalaman pemelihara tokek ini, tokek akan lebih cepat besar jika ia selalu diberi makan cengkerik. 


Kandang tokek

Kandang 1:
Sebaik-baiknya satu kandang untuk satu tokek sahaja.  Tokek adalah bersifat karnibal iaitu jika tiada makanan dan ia dalam keadaan lapar, ia akan memakan spesisnya sendiri.  Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tokek itu dari mengawan dan berkembang biak kerana tujuan asal adalah untuk membesarkan tokek tersebut.  Jika ia mengawan dan berkembang biak, ia akan lambat membesar.

Kandang tersebut sebaik-baiknya diperbuat dari kayu dan dipaku rapat-rapat agar kandang tersebut dalam keadaan gelap.  Buatkan satu sudut yang boleh mendapat pancaran matahari kerana ada ketikanya tokek ini ingin berjemur kerana ada ketikanya ia memerlukan cahaya matahari.  

Letakkanlah ranting kayu di dalam kandang tersebut sebagai tempat ia bertenggek untuk menimbulkan suasana kehidupan habitatnya yang sebenar.

Saturday, 20 November 2010

Tokek



Apa itu tokek

Tokek adalah sejenis reptilia iaitu tergolong dalam keluarga cicak.  Nama ilmiahnya adalah Gekko gecko.  Dalam bahasa Jawa ia disebut teko atau tekek, dalam bahasa Sunda ia disebut tokek dan dalam bahasa Inggeris is disebut tucktoo atau tokay gecko.

Khasiat tokek

Mengikut penemuan yang masih dalam peringkat kajian, tokek mempunya zat aktif iaitu yang mempunyai sifat theurapatic.  Zat aktif itu dinamakan IUPAC Tri-heksipenafenikol iaitu zat yang mempunyai sifat penghalang pertumbuhan barah dan mampu melawan HIV dan H1N1.

Tuesday, 16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua pengunjung blog saya ini yang beragama Islam.  Di harap kalian semua sihat sejahtera.  Kepada yang pulang ke kampung halaman tu...semoga kalian selamat sampai kekampung, dan di permudahkan perjalanan.

Kepentingan DHA (docosahexaenoic acid) dan EPA (eicosapentaenpic acid)


Omega 3 DHA dan EPA adalah sejenis asid lemak iaitu nutrien yang sangat penting kepada retina mata dan otak sebagaimana pentingnya kalsium kepada tulang dan gigi.  Ia agak sukar didapati dari makanan kerana tidak banyak makanan mempunyai  asid lemak jenis ini.  Kebiasaannya DHA dan EPA di dapati dari  minyak ikan.
Dr. Bruce Holub

Menurut kajian yang dilakukan selama lebih 30 tahun oleh Dr. Bruce Holub iaitu Professor Emeritus of Nutritional Science dari University of Guelph, Canada, DHA dan EPA sangat penting untuk mengoptimakan fungsi saraf otak dan mata (menyumbang kepada tingkat keupayaan belajar dan perkembangan mental)  untuk kebolehan berfikir, melihat dan juga mendengar dengan jelas. Pengambilan DHA dan EPA  yang mencukupi juga dapat mengelak dan mengawal penyakit jantung (cardiovascular disease) dan juga penyakit-penyakit kronik yang berhubungkait dengan jantung.


Kesan pengambilan DHA dan EPA kepada kandungan

Wanita yang mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan juga kandungan.  DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir dan melihat).

Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA  setiap hari , wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur empat tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B).  Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko alergik.


Wanita mengandung
DHA yang perlu diambil oleh wanita mengandung haruslah mencukupi untuk menampung keperluan dirinya dan juga bayi yang dikandung.     - 1500 mg sehari.

Untuk orang dewasa yang sihat - 650 mg sehari

Untuk pesakit coronary jantung - 900 mg sehari

Monday, 15 November 2010

Kotak komen tersembunyi telah di tiadakan

Saya banyak kali menerima teguran dari kawan-kawan blogger saya yang shoutbox tersembunyi saya banyak menimbulkan masalah.  Oleh itu saya kembali kepada shoutbox tradisional.  Terima kasih di atas teguran yang diberi.      

Sunday, 14 November 2010

Kepentingan Kalsium

Kalsium adalah satu unsur penting dalam tubuh badan.  Ia adalah penting untuk aktiviti penguncupan otot, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impulse saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan.  

Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan:

1.  Osteoporosis kepada orang dewasa,
     Sejenis penyakit tulang yang menyebabkan pengurangan ketumpatan tulang diakibatkanoleh kekurangan   kalsium.  Ia akan menyebabkan tulang mudah patah kerana keadaan tulang yang poroi (banyak rongga).

2.  Rickets kepada kanak-kanak,  
     Kepada kanak-kanak kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi lembut yang boleh  menyumbang kepada kecacatan dan retak tulang.

3.  Kejang otot pada muka, tangan dan kaki,

4.  Tekanan darah dan rentak denyutan jantung yang tidak teratur dan

5.  Osteomalacia (sama seperti rickets) kepada orang dewasa

Jumlah pengambilan yang disyorkan
Pengambilan harian kalsium adalah antara 1000mg ke 1300mg sehari, tetapi jumlah tersebut tidak boleh diambil serentak.  Jumlah maksimum pengambilan pada satu-satu masa adalah tidak melebihi 500mg.  Jumlah pengambilan yang diambil lebih dari jumlah tersebut akan dikumuhkan oleh sistem badan melalui air kencing.  Kekurangan pengambilan air akan menyebabkan pengumpulan kalsium yang dikumuhkan ini didalam ginjal yang akan menyebabkan karang ginjal.  Oleh itu pengambilan jumlah kalsium tersebut hendaklah diambil secara berperingkat dalam sehari.

Pengambilan kalsium tersebut hendaklah disertakan dengan pengambilan Vitamin D yang membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam tulang, gigi dan badan.


Sumber kalsium
Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju.  Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan.

Saturday, 13 November 2010

Award sebagai pengikut ke 200 Mohamad Nazri

Terima kasih diatas pemberian award yang cantik ini.  Saya suka sangat. 


Kadang kala, pemberian yang ikhlas menjadi penawar kepada kepenatan, pemberi semangat untuk trus berblog.  Hari ni aku kluar ikut suami ke Shah Alam kerana dia ada urusan disana.  Sementara dia dan kawannya melakukan tugas, aku bersama anakku yang baru berumur setahun lima bulan, Ain, shoping dan menghabiskan masa kira-kira 3 jam di Tesco Shah Alam.  

Seronok melayan  Ain di sana.  Ain ni suka susun barang-barang.  Kat tempat susu pekat manis, dia susun tin-tin susu, kat tempat pewangi dia susun pewangi....  Susun tinggi-tinggi.  Dia juga seronok membaca di bahagian buku (tengok gambar jer..he he).   Sambil membaca dia suka mengusik kanak-kanak lain kat bahagian tu.  

Setelah membaca, dia meneroka ke bahagian-bahagian lain Tesco tu....aku ikut jer dia dari belakang...bagi dia puas bermain...untuk menghabiskan masa sambil menunggu Ayah Ain selesai kerja.  Bila jumpa basikal, dia naik basikal dan ronda-ronda ngan basikal di sekitar Tesco tu. Macam-macam la aktiviti Ain kat sana. Di bahagian pakaian kami main sorok-sorok...dia menyorok dan saya cari.....

Dalam pukul 6.30 petang ayah ain pun datang.   Setelah membayar harga barangan, kami pun berangkat ke rumah.  Sampai rumah kira-kira pukul 7.00 malam.  Setelah memandikan Ain, setelah siap solat dan apa-apa yang patut, aku bukak blog ni......belek-belek blog, ternampak pesanan.....waaa aku dapat award......girang rasa hati, hilang skit rasa penat.   Terima kasih bebanyak kepada En. Nazri.


Friday, 12 November 2010

Persediaan untuk menghadapi hari kelahiran (bersalin)




Persediaan untuk bakal anak sudah ada bermula dari kain lampin, pakaian, peralatan mandi dan sebagainya.  Kini hanya menanti saat-saat untuk melahirkan.

Setelah mengalami segala susah payah semasa mengandung, kini saat kelahiran semakin hampir.  Adalah perkara biasa untuk yang pertama kali mengandung untuk merasa risau dan resah gelisah untuk menghadapi saat-saat melahirkan.  Penantian ini adalah amat berbaloi walaupun ia adalah proses menyakitkan  kerana setelah melahirkan, anda akan merasa perasaan yang indah dan mengembirakan melihat bayi anda di sisi dan merasakan perasaan sayang yang melimpah ruah kepada bayi anda.  Ia adalah sangat berbaloi.

Bersedia untuk menghadapi saat-saat kelahiran
Untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi kelahiran, adalah digalakkan untuk anda mengikuti kelas antenatal, berbincang dan bertanya kepada rakan-rakan yang pernah melahirkan, menonton video proses kelahiran dan mengamalkan pernafasan untuk mendapat ketenangan.

Kelas Antenatal
Di dalam kelas ini anda akan mendapat maklumat tentang :

 1.  Senaman yang akan membantu memudahkan proses kelahiran dan cara pernafasan yang betul.  Pasangan anda pula akan diajar tentang urutan tangan yang boleh membantu anda tenang sebelum dan semasa proses kelahiran.
 
 2.  Anda akan mendapat maklumat tentang keseluruhan proses bersalin iaitu termasuk proses perubatan.

3.  Anda akan berpeluang untuk belajar kedudukan-kedudukan posisi badan semasa proses kelahiran.  Anda juga akan diberikan maklumat tentang pilihan "pain relief" yang akan digunakan bergantung kepada keadaan.

4.  Anda akan mendapat maklumat yang boleh membantu persediaan menyambut orang baru di dalam keluarga anda sama ada secara emosi dan juga praktikal.

5.  Disana juga anda akan bertemu rakan-rakan yang mempunyai keadaan yang sama dengan anda.  Jadi anda boleh berbincang dan bertukar-tukar maklumat dengan mereka.

kebanyakan kelas diadakan enam atau lapan minggu terakhir mengandung.  Walaubagaimanapun anda perlu membuat tempahan 12 bulan terakhir mengandung.

Saturday, 6 November 2010

Persiapan menyambut kedatangan orang baru



Pada artikel yang lalu saya telah membincangkan tentang khasiat penting yang di perlukan semasa mengandung.  Setelah menjaga segala pemakanan selama sembilan bulan dan mengalami segala susah payah semasa mengandung, kini tibalah masanya untuk menyambut orang baru.  Ini pasti masa yang amat dinanti-nantikan oleh bakal ibu dan bakal bapa terutama yang menanti kelahiran bayi sulong.  

Bagi pasangan yang bakal menyambut bayi pertama, pastilah semua barangan tidak ada.  Di bawah ini disenaraikan barangan keperluan asas yang perlu disediakan beberapa minggu sebelum tarikh kelahiran.  Ia perlu disediakan awal kerana kadang-kadang kelahiran awal dari tarikh yang dijangka, dan kadang-kadang lewat.  Sebaik-baiknya barangan ini disediakan semasa kandungan berusia tujuh bulan dan ke atas.

Barang-barang keperluan tersebut adalah:

Friday, 5 November 2010

Selamat menyambut Hari Deepavali

Tepat pukul 12 tengah malam, aku dan anakku yang berumur setahun lima bulan terbangun kerana bunyi mercun yang kuat dan sabung menyabung dari masyarakat India di kawasan perumahan ku yang menyambut Deepavali.  Selamat menyambut Hari Cahaya dari aku sekeluarga kepada semua pembaca yang berketurunan India dan beragama Hindu.  Selamat merayakan Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang meraikan Depavali bersama rakan-rakan kita yang menyambut perayaan ini.  Betapa indahnya Malaysia...

Tadi aku tidurkan anakku yang makin hari makin lambat tidurnya sehingga aku tertidur sekali.  Hasrat hati, tidur jer anak, akan ku segerakan membuat posting baru dan membaca blog-blog rakan-rakan blogging.  Di sebabkan aku terpaksa menidurkan anakku, pukul 1.00 pagi baru aku dapat memulakan tugasku sebagai blogger.  Aku tidak mau berlengah lagi.....



Ramai di antara kita yang cuma tahu bahawa perayaan Deepavali disambut tiap-tiap tahun oleh masyarakat India, tetapi tidak tahu kenapa dan mengapa mereka meraikannya, berapa harikah perayaan tersebut diraikan dan sebagainya.  Di bawah ini aku ingin berkongsi apa yang aku tahu tentang perayaan ini.    

Perayaan Deepavali atau Dewali adalah perayaan keagamaan yang disambut selama lima hari   Bagi masyarakat di Malaysia agak lain sedikit kerana mereka menyambutnya selama sebulan.  Hari keempat perayaan ini adalah tanda bermulanya tahun baru mengikut kalender Vikrama.

Wednesday, 3 November 2010

Mari beryoga

Quick Morning Yoga Sequence [educational infographic]
Tambah kapsyen
Gambar ini saya ambil dari : http://www.yoginijourney.com/




Yoga adalah baik untuk kesihatan.  Beryoga ini dipercayai dapat membetulkan urat-urat di dalam badan dan dapat mengurangkan kesakitan otot setelah penat bekerja sepanjang hari.  Ia juga boleh menenangkan fikiran.  Anda boleh mencuba posisi-posisi ini.  Jangan terlalu memaksa badan untuk mendapatkan kesempurnaan.  Cukuplah yang termampu.   

Untuk melakukan gerakan Yoga yang betul, saya sarankan untuk membeli CD Yoga atau menyertai kelas Yoga.  Ini adalah perlu untuk mengelakkan anda melakukan gerakan yang salah dan memudaratkan tubuh badan.

Tip-tip bagaimana cara untuk menarik ramai pengunjung ke laman blog anda

Ramai yang masih tercari-cari cara bagaimana untuk menarik lebih ramai pengunjung ke lawan web mereka, termasuk saya juga.  Ramai yang ada produk yang bagus-bagus, tapi bagaimana cara untuk memasarkannya selain dari dengan cara 'blog walking' dengan cara meninggalkan jejak di laman-laman web yang dilawati?


Setelah puas mencari, saya jumpa "Searh Engine- Search Engine" yang boleh digunakan untuk tujuan promosi.  Saya baru saja mencubanya, belum nampak hasil lagi.  Semoga tips-tips ini dapat membantu anda dalam memasarkan produk anda dan juga menarik pengunjung ke blog anda. 

Anda perlu menggunakan "search engine" seperti dibawah: