Thursday 2 November 2017

Faith

Faith atau juga dikenali sebagai The Great Doctor adalah salah satu drama Korea kesukaan saya.  Pada pendapat saya ia adalah sebuah drama Korea yang hebat yang layak dikategorikan sebagai drama lima bintang.

Drama ini diterbitkan pada tahun 2012.  Watak utamanya dipegang oleh pelakun dan penyanyi Korea terkenal iaitu Lee Min Ho.  Watak pelakun wanita utama juga tak kurang hebatnya iaitu Kim Hee-sun.  Lee Min Ho memegang watak Choi Young iaitu Pengawal Diraja.  Kim Hee-sun pula memegang watak Eun-soo iaitu The Great Doctor.

Cerita ini bermula setelah raja kerajaan Goryeo iaitu Raja Gongnim mengahwini puteri kerajaan Yuan iaitu Puteri Nojuk.  Dalam perjalanan pulang ke Goryeo dari Yuan, rombongan mereka telah diserang hendap.  Dalam serangan tersebut permaisuri Nojuk telah di kelar di leher oleh penyerang.  Permaisuri dalam keadaan kritikal.  Keadaan tersebut tidak mampu ditangani oleh tabib diraja kerana ia di luar kemampuan beliau. 

Wednesday 1 November 2017

Aktiviti menanam cili besar

Lebih kurang dalam sebulan lepas aku ada membeli cili merah dari salah sebuah kedai runcit yang berdekatan.  Mahal betul cili merah sekarang ni.  RM14.00 satu kilogram.  Aku beli 3 biji cili merah. Setelah ditimbang ....harganya ialah RM2.70.  Secara purata harga sebiji cili merah ialah RM0.90.

Di sebabkan harga cili yang mahal....aku mendapat ilham untuk menanam cili besar di belakang rumah ku, di atas tanah sekangkang kera yang terbiar kosong.  Cili besar tersebut, ku ambil benihnya dan ku rendam dengan air garam selama beberapa hari.   Setelah itu benih tersebut ku semai di salah sebuah pasu di hadapan rumah.  Dalam sebulan jugalah anak-anak pokok cili tersebut baru sedia untuk dipindahkan ke tanah,

Sebelum anak-anak benih di pindahkan, tanah perlu disediakan dulu.  Aku gembur tanah dengan menggunakan cangkul kecil.  Batu-batu yang ada di dalam tanah ku masukkan ke dalam beg plastik.  Setelah selesai...tanah tersebut ku campurkan dengan tahi ayam yang ku beli dari Persatuan Peladang yang berada berdekatan dengan rumah ku.  Setelah digaul, tanah tersebut ku biarkan dalam seminggu.

Pagi tadi anak-anak benih telah siap ku pindahkan ke tanah.  Di harap pokok ini akan terus subur dan menghasilkan buah-buah yang banyak.  Insyaallah.



                                  Ini lah dia kebun mini cili merah tu.  JOM BERKEBUN!!!