Ketika aku kecil dulu, alhamdulillah keluarga telah melatih ku berpuasa sejak aku kecil, sebelum tujuh tahun. Umur sebenar aku tak ingat. Bermula dengan puasa separuh hari, aku tingkatkan sedikit demi sedikit sehingga aku berjaya berpuasa penuh sehari. Masa aku berumur tujuh tahun, aku telah berjaya puasa penuh sebulan. Alhamdulillah.
Monday, 30 May 2016
Ramadhan semakin hampir
Ketika aku kecil dulu, alhamdulillah keluarga telah melatih ku berpuasa sejak aku kecil, sebelum tujuh tahun. Umur sebenar aku tak ingat. Bermula dengan puasa separuh hari, aku tingkatkan sedikit demi sedikit sehingga aku berjaya berpuasa penuh sehari. Masa aku berumur tujuh tahun, aku telah berjaya puasa penuh sebulan. Alhamdulillah.
Wednesday, 25 May 2016
Kenangan bersama datuk saudara dan unyang
Kerana ayah selalu berjauhan dari kami sekeluarga, datuk saudaraku Zakaria bin Lamek mengambil peranan sebagai ketua keluarga kami. Dia adalah seorang penoreh getah. Keluar awal pagi demgan sebuah basikal tuanya dan pulang ke rumah lebih kurang pukul 12 tengahari.
Selain dari menoreh getah, datuk ada bercucuk tanam. Dia menanam kacang tanah, jagung, kacang botol, tebu dan lain-lain. Aku ada juga kadang-kala menemani beliau ke kebun.
Kebiasaannya selepas waktu Zohor hingga ke petang, dia tidak keluar kemana-mana. Dia banyak menghabiskan masa bersama kami . Selalunya dia akan meminta saya mengurut belakang beliau, tarik urat belikat atau pijak belakang beliau. Ada kalanya beliau meminta kami adik beradik mencabut uban beliau sambil berbaring. Kebiasaannya kami akan tertidur beramai- ramai di ruang tamu.

Sunday, 22 May 2016
Suatu masa dahulu.....
Kini umur ku sudah menjangkau 45 tahun. Ingatan semasa zaman kecil ku semakin lama semakin pudar. Oleh itu hari ini aku terfikir untuk merakamkan apa yang masih lagi berbaki.
Nama arwah nenek sebelah ayah ku adalah Rabiatul Adawiyah (Rabiah). Nama arwah datuk sebelah ayahku adalah Md. Nasir. Sementara nama arwah nenek sebelah ibu ku adalah Khalsum binti Lamek dan arwah datuk sebelah ibuku adalah Nordin bin Namai.
Apa yang masih ku ingat, masa aku kecil aku hidup bersama arwah Unyang sebelah ibu, arwah datuk saudara Zakaria bin Lamek dan ibu serta adik beradik. Abangku yang sulung tindak tinggal bersama kami kerana dia dipelihara oleh nenek Rabiah. Arwah ayah Ismail Nasaruddin bin Md. Nasir ketika itu bertugas sebagai askar. Oleh itu dia jarang tinggal bersama kami kerana tugas.
Subscribe to:
Posts (Atom)