1. Protein
Protein adalah asid amino yang membantu membina badan anak anda. Protein inilah yang akan menjadi daging, otot, kulit dan organ-organ penting. Protein boleh didapati dari telur, daging, ikan, susu penuh krim, yogurt, keju, mentega kacang, air soya, kekacang dan sebagainya.
2. Karbohidrat
Karbohidrat, terutamanya karbohidrat yang kompleks seperti yang terdapat di dalam bijiran seperti beras, gandum, bijiran, pasta, kentang, jagung serta sesetengan sayur-sayuran akan memberikan tenaga yang berpanjangan. Serat yang terdapat dalam makanan tersebut dapat membantu mengelakkan masalah sembelit.
Haruslah mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti gula dan tepung yang telah diproses serta makanan yang mengandunginya, seperti kek atau roti putih. Makanan berkabohdrat ringkas ini kurang berkhasiat untuk ibu mengandung dan boleh meggemukkan.
Haruslah mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti gula dan tepung yang telah diproses serta makanan yang mengandunginya, seperti kek atau roti putih. Makanan berkabohdrat ringkas ini kurang berkhasiat untuk ibu mengandung dan boleh meggemukkan.
3. Lemak
Lemak adalah sumber tenaga yang penting dalam membantu metabolisme vitamin A,D,E dan K. Sesetengah jenis lemak adalah amat penting dalam pembentukan otak fetus seperti Gangliosida dan DHA.
Apabila memasak adalah digalakkan menggunakan minyak yang tidak tepu seperti minyak zaitun, kanola dan minyak kacang. Lain-lain sumber lemak adalah dari keju, mentega kacang, tuna, keju Parmesan, mayones, kuning telur, avokado, mentega dan sebagainya.
4. Kalsium
Pengambilan kalsium yang cukup adalah amat penting untuk pembinaan tulang dan gigi fetus yang sedang membesar. Jika pengambilan kalsium tidak mencukupi, kalsium yang tersimpan didalam badan akan diambil seperti dari gigi dan tulang ibu. Oleh itu para ibu akan mengalami masalah tulang yang rapuh dan kehilangan gigi.
Sumber-sumber kalsium boleh didapati dari susu penuh krim, susu berkalsium tinggi, sayur-sayuran berdaun hijau tua seperti daun salad, brokoli, bayan serta kubis daun, ikan salmon, ikan sardin, yogurt, keju dan lain-lain makanan dan minuman yang mengandungi kalsium.
5. Vitamin C
Vitamin C membantu dalam pembinaan kolagen iaitu protein yang menyediakan struktur kepada tulang, rawan, otot dan salur darah anak anda. Ia juga merupakan antioksida yang membantu melindungi anak anda dan anda dari jangkitan.
Vitamin C boleh didapati dari jus buah-buahan sitrus, limau gedang, oren, tembikai, kubis, coleslaw, bunga kubis, tomato dan lain-lain.
6. Asid folic
Asid folic adalah sangat penting dalam membantu mengurangkan kecacatan. Ia perlu diambil beberapa bulan sebelum kehamilan. Adalah disarankan untuk mendapatkan folic asid dari farmasi-farmasi yang berdekatan kerana ia adalah dalam dos yang sesuai. Folic asid juga boleh didapati dari makanan hijau seperti brocolli, kubis, kekacang dan buah-buahan seperti oren.
7. Zat besi
Pengambilan zat besi adalah sangat penting sepanjang tempoh kehamilan. Fungsinya adalah untuk membawa lebih banyak oksigen didalam sel darah merah. Oksigen adalah sangat penting dalam pembinaan sel-sel otak.Jika anda kekurangan zat besi, anak anda tidak terjejas, tetapi anda akan mengalami anemia iaitu kekurangan darah merah yang akan menyebabkan anda berasa letih dan tidak sihat.
Zat besi boleh didapati dari ayam, daging , brokoli, telur, kekacang serta buah-buahan yang kaya dengan vitamin C.
8. Omega 3
Omega 3 adalah sangat penting kerana ia membantu dalam pembentukan system saraf anak anda. Ia juga boleh mengurangkan risiko anda mengalami masalah jantung. Pengambilan Omega 3 juga boleh membantu kecergasan dan kecerdikan anak anda. Ia akan menjadikan anak anda lebih bijak.
Semoga para ibu dan bapa dapat manfaat dari tulisan yang tak seberapa ini. Cara yang mudah untuk mendapat khasiat yang lengkap adalah meminum susu untuk ibu mengandung sebagai tambahan kepada diet harian. Ada pelbagai jenama yang boleh dipilih. Di harap ada satu yang sesuai untuk anda.
No comments:
Post a Comment