Tuesday, 11 January 2011

Daging kalio



Bahan-bahan :
  • 500 gram daging
  • 2 cm halia
  • 3 biji buah keras
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • 1 inci lengkuas (dititik)
  • 3 helai daun kunyit
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 cm kunyit hidup
  • 3 tangkai cili merah
  • sedikit minyak
  • santan
Cara membuatnya :
  1. Kisarkan halia, serai, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili merah dan buah keras.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar.  Bila sudah naik baunya, masukkan santan, lengkuas, daun kunyit dan daun limau purut.
  3. Setelah agak pekat, masukkan daging dan garam.
  4. Tunggu sehingga daging masak dan bolehlah dihidangkan.

No comments: