Monday, 10 January 2011

Daging masak hitam

 Bahan-bahan
  • 600 gram daging lembu (batang pinang)
  • 6 tangkai cili kering
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu asam jawa (ambil airnya)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 batang serai (diketuk)
Cara menyediakannya
  1. Tumbuk jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga cengkih, halia dan cili kering.
  2. Daging di bersihkan, dipotong-potong, kemudian digaulkan dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan daun kari.  
  4. Setelah naik bau, masukkan daging tadi.
  5. Selepas itu masukkan air asam jawa, kicap pekat, bawang dan garam.
  6. Apabila telah pekat kuahnya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Nota :  Jika bukan bahagian batang pinang digunakan, daging tersebut hendaklah direbus dahulu hingga empuk.

No comments: