Sunday, 9 January 2011

Jantung pisang masak lemak cili padi

Bahan-bahan
  • 2 tongkol jantung pisang
  • 1 biji kepala, asingkan pati santan dan santan cair
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 tangkai cili padi
  • 50 gram ikan bilis
Cara menyediakannya
  1. Jantung pisang direbus sehingga setengah masak dan dimayang halus
  2. Cili padi dan kunyit hidup ditumbuk lumat
  3. Selepas itu masukkannya ke dalam periuk bersama santan cair dan ikan bilis
  4. Setelah mendidih, masukkan jantung pisang, santan pekat dan garam.  
  5. Bila kuahnya pekat bolehlah diangkat dan dihidangkan.

No comments: