Lelaki romantik lebih menarik perhatian wanita kerana mereka biasanya pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata. Lelaki jenis ini adalah sungguh selesa untuk didampingi dan merasa diri dihargai dan disayangi. Semua wanita mendambakannya walaupun wanita ini dari jenis yang rugged, aggresif dan lincah.
Cara untuk mengenali lelaki adalah mereka mempunyai ciri-ciri yang berikut :
- Lelaki romantik suka menonton cerita-cerita yang bertemakan cinta.
- Lelaki romantik mudah mengucapkan sayang kepada pasangannya.
- Lelaki romantik akan memeluk isterinya lebih dari tujuh kali sehari.
- Lelaki romantik sering memberikan kejutan kepada pasangannya seperti memberikan hadiah pada hari-hari bersejarah mereka berdua seperti pada hari kelahiran, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.
- Lelaki romantik akan sentiasa ingat kepada pasangannya ketika mereka berjauhan dan akan membelikan sesuatu kepada pasangannya jika mereka pergi ketempat yang jauh.
- Lelaki romantik akan memegang konsep lady's first. Mereka akan mendahulukan pasangan dalam apa jua hal sebagai tanda menghargai dan menghormati pasangan.
- Lelaki romantik sangat setia pada pasangan.
- Lelaki romantik biasanya memanggil pasangannya dengan panggilan manja dan lembut.
- Lelaki romantik akan mengajak pasangannya berbicara jika melihat wajah pasangannya tidak ceria.
- Lelaki romantik biasanya ikhlas dalam memohon maaf sekiranya mereka melakukan kesalahan kepada pasangannya.
- Lelaki romantik akan sedaya upaya tidak akan melakukan kesalahan kepada pasangannya kerana mereka tidak akan sanggup melihat pasangannya terluka dan bersedih.
11 comments:
hehehe, lelaki romantik nie best, tp bab no.6 tu, konsep lady first..emm kadang2 x bertempat konsep tu digunakan....
betul2 ..
i like lelaki romantik .
hahaha
nelly gatal suda ~
mmg bes kalau dapat lelaki romantik nie. :)
pyah nk dpt yg betul2 romantik zmn skrg. hihi ..
romantik..
wow..
suka..
janganlah cite kesah saya ni kat semua..seganlah...huhuhuh~~
klo terlalu romantik,pandai amek ati pompuan itu da mencurigakan pulak..salunya kasanova la yg terer bab pompuan nih.hu3
AH7 - kalau semua sifat-sifat lelaki romantik ni ada pada diri AH7, bolehla jadi bakal menantu saya, he he. Anak saya sekarang ni baru 19 bulan, sanggup tunggu tak..he he.
aleen - betul juga tu, kita sebagai perempuan harus peka dengan lelaki camni, bahaya!!
romantik bertempat bagus :)
Romantis seperti sy la kan hehehehe
Post a Comment