Wednesday, 19 January 2011

Merokok mencacatkan sperma


Pada masa dahulu, masalah gagal memperolehi cahaya mata sering di bebankan kepada pihak wanita.  Ia adalah salah satu alasan untuk si suami untuk berkahwin lain.  Desakan ini juga datang dari keluarga pihak lelaki yang menginginkan cucu.  Padahal sebenarnya lelaki juga menyumbang kepada masalah untuk mendapatkan zuriat.

Amalan merokok adalah antara penyumbang kepada masalah kesuburan lelaki selain dari faktor genetik.  Amalam merokok mampu mengurangkan keupayaan sperma untuk bergabung dengan telur.  Merokok juga mampu untuk menjejaskan fungsi sperma. 



Bagi lelaki normal yang merokok dan menginginkan cahaya mata, beliau harus berhenti merokok sekurang-kurangnya selama tiga bulan sebelum persenyawaan berlaku kerana sperma mengambil masa tiga bulan untuk terbentuk.  Sperma yang dipancutkan hari ini adalah sperma yang mula terbentuk pada tiga bulan dahulu.  bagi lelaki perokok yang memang tidak subur,  disarankan anda berhenti terus dari merokok kerana ia akan menjejaskan lagi masalah yang anda sedang hadapi.    

Berhentilah merokok kerana ia banyak mendatangkan kesan yang tidak baik kepada diri anda.

9 comments:

Myra Jay said...

Nice info.. thanks sharing :)

aliza zeke said...

mmg banyak keburukan merokok nie..

Siti Hajar Masri said...

pndai je org lelaki salahkan pompuan sbb x dpt anak lagi..bagus info ni utk kesedaran para lelaki..

ibuintan said...

info yg baik untuk semua lelaki

bila tak dapat anak mesti isteri yg selalu disalahkan

kiz said...

naseb baek dah ada anak..huhu

Faizal Syukri said...

TQ atas info.. tapi pelik gak, kawan Peja heavy smoker, tapi anak berlipah ruah...

Cik TeN10 said...

wah smpai mcm tu skali effect merokok..mmg xbgus kan..btw thanks for the info..

aibaks said...

elak2 la kan diri dari menjadi perokok dan mangsa merokok sekunder..

sabree hussin said...

wah bahaya ni.. kang tak dapat waris pulak