Resepi strawberry milk shake ini saya siarkan disini atas permintaan kak Sharifah Nor iaitu salah seorang ahli Spy Tingkap dan Kabinet Dapur. Ni dia orangnya.
- 3 biji strawberry
- 250 ml susu UHT (terpulang kepada anda jenis susu yang ingin digunakan)
- 2 scop aiskrim berperisa strawberry
Cara membuatnya :
- Basuh buah strawberry dan masukkan ke dalam pengisar
- Masukkan susu dan kisar sehingga strawberry hampir hancur
- Masukkan aiskrim dan kisar lagi sehingga semuanya sebati.
- Tuangkan ke dalam gelas dan letakkan sebiji buah strawberry sebagai hiasan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Khasiat minuman ini
Khasiat susu - minuman ini mengandungi semua khasiat susu bergantung kepada jenis susu yang digunakan sama ada susu rendah lemak, berkalsium tinggi, susu UHT biasa dan sebagainya.
Khasiat strawberry - Stawberry mengandungi kadar antioksidan yang tinggi yang boleh membantu antioksidan tubuh. Ia juga kaya dengan vitamin C.
10 comments:
wahhhhh mesti nak cuba ni
cam sedap jer :)
nyumnyum!!!
wahhhh!! nampak cm besh je..nk try jgak!..
wah..
blaja resipi hari ni..
susu saja pun dh sedap, ni kan pula letak stoberi..
fuh..
alamak nmpak2 malam resepi, kalu siang harus ku cari
huhu..tetiba hujan2 ni ada resepi lak..resepi dari sapa ni CM
agak2nya kalau stoberi tukar dgn doyan ke pisang ke..boleh tak?? heee..anyway terima kasih....
Kak pah - boleh saja, jenis aiskrimnya pun kena tukar la.
ooowh.. kalau guna pisang.. jadi banana milkshake lah ni.. boleh cuba.
Post a Comment