Sembelit boleh menyumbang kepada masalah penyakit kronik kepada anak anda. Oleh itu jangan dipandang ringan jika mereka mengalami masalah ini. Tanda-tanda anak anda mengalami sembelit adalah mereka mengalami senak perut, kurang selera makan, gelisah dan kerap buang air kecil.
Sembelit berlaku kerana najis mereka keras dan kering. Ia adalah kerana anak anda jarang membuang air besar. Faktor utama sembelit adalah kerana kekurangan kandungan serat di dalam diet harian mereka dan juga kerana kekurangan jumlah air yang diminum. Serat dan jumlah air yang cukup adalah sangat penting untuk pergerakan makanan di dalam usus. Gangguan pergerakan makanan dalam usus akan menyebabkan najis terkumpul dan akan menyebabkan najis keras dan menyukarkan pembuangan air besar.
Masalah sembelit juga adalah disebabkan oleh penyakit hirschprung yang sering di alami oleh bayi lelaki yang menghidapi sindrom down. Ini adalah kerana masalah saraf usus yang tidak sempurna yang menyebabkan mereka mengalami masalah sukar membuang air besar.
Sembelit juga mungkin adalah disebabkan oleh masalah usus tersumbat. Masalah ini selalunya dialami sejak lahir lagi kerana bahgian usus mereka sempit. Ia hanya boleh diatasi dengan pembedahan.
Bahaya sembelit

- Penyakit saraf - Sembelit adakalanya menjadi petanda kepada penyakit lain seperti penyakit saraf, cerebral palsy dan masalah tulang belakang.
- Jangkitan air kencing - Ini adalah kerana najis keras akan menekan saluran air kencing dan mengganggu pengaliran air kencing.
- Pendarahan dan dubur luka - Pengumpulan najis yang terlalu lama akan menyebabkan usus bengkak. Kesukaran membuang air besar akan menyebabkan anak anda meneran sehingga bahagian luar duburnya akan luka dan berdarah. Kadangkala ia akan menyebabkan pendarahan.
- Kesan psikologi - Kajian doktor mendapati kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit mempunyai kurang keyakinan diri.
Cara mengatasi masalah sembelit
- Mengawasi pemakanan - Galakkan anak anda mengambil makanan berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan lebihkan meminum air masak.
- Memastikan anak anda membuang air besar dengan posisi yang betul iaitu dengan mencangkung atau duduk di atas mangkuk tandas. Mangkuk tandas kanak-kanak ada dijual di pasaran.
13 comments:
baguslah info ni
lepas ni kena byk mkn sayur atau buah
betul2..sembelit kalau biar berterusan bley sbbkan pnykt yg lebih kronik..
oh..kpah tahu bgmana perasaannya bila sembelit nih!!!!
saya dulu selalu jugak kena sembelit.terseksa tuu, pedih gile.sampai g klinik.abis kena bebel ngan doktor.tpi mmg slh sendiri ar kurang mnom air, pastu tak makan sayur.hehe
tapi kan cempakamelati, bkn anak2 kecik je, perempuan lps umur 30 pun sebang kena sembelit kalo tak jaga pemakanan, kan.
sememangnya segala penyakit itu datangnya dari perut @ usus
wah...tq dr..pasni pastikan byk mnum air masak....hehhe
ada juga baca info pasal sembelit.. katanya ibu mengandung pun akan mengalami masalah ni.. setekat ni ok lg la.. apapun nice info
usahkan budak, TK ni pun slalu sangt smbelit..
kurang minum air kot..
info yg sangat berguna
petua org tua, minum air teh kelat utk atasi sembelit..
salam. sy khalida setiap hari sy merase risau tentang masalah anak sy yg berusia 1thn 2bln, yg mengalami masalah sembelit tiap hari. anak sy tidak suka makan sayur n buah-buahan sy sering memasakkn setiap hari tp bile diberi mkn pasti akn muntah. tolong sy terlalu risau..
Ilmu saya tentang kanak-kanak ni terlalu cetek. Saya bukan seorang pakar. Apa ygang saya tulis dalam blog ini adalah dari pembacaan saya dari majalah-majalah, penyampaian dari mulut ke mulut dan dari lain-lain sumber. Saya nasihatkan puan pergi berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk mengatasi masalah ini. Saya minta maaf sebab saya tak mampu untuk membantu.
Bukan kee minum air teh tu utk nak keraskan najis bg yg cirit birit???
Bru je lps jmp Dr. sbb ank pn sembelit dan mmg Dr. suruh byk kn sayur2an.
Post a Comment