Sunday, 23 January 2011

Pembantu rumah warga Indonesia : Memudahkan atau membebankan

Coretan saya kali ini bukan bermaksud untuk menimbulkan perasaan tidak baik kepada negara jiran kita Indonesia, tetapi ini adalah kenyataan yang dihadapi oleh penduduk negara kita yang tercinta ini. Cuba anda renungkan, kos permulaan untuk mendapatkan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang mempunyai permit dan diambil secara sah menelan belanja sekitar RM3000 hingga RM10,000.  Dari segi gaji pula, mereka dibayar dari RM500 hingga RM600 sebulan.  Itu tak termasuk tempat tinggal, makan minum, perubatan, pembaharuan permit tiap-tiap tahun dan keperluan-keperluan lain.



Kalau di congak-congak, sebenarnya kos untuk menampung seoraag pambantu rumah adalah lebih dari RM1000 sebulan.  Sedangkan jika dibandingkan dengan gaji permulaan yang diterima oleh pemegang Diploma di negara kita sekarang ini adalah dalam sekitar RM1100 sebulan.  Gaji permulaan yang diterima oleh mereka yang berpangkat Kerani pula dalam lingkunganRM500 hingga RM800 sebulan.  Gaji yang diterima itu belum lagi ditolak dengan cukai pendapatan, sewa rumah, makan minum, kos perjalanan dan sebagainya.  Sekarang ini timbul pula desakan dari Kerajaan Indonesia yang menetapkan gaji minimum pada RM800 sebulan.

Menurut kenyataan dari salah satu agensi pekerja asing, pembantu rumah Indonesia yang dihantar oleh kerajaan Indonesia ke Malaysia adalah mereka yang dari gred C.  Pembantu yang bergred lebih tinggi dihantar ke negara-negara lain yang menawarkan pakej yang lebih lumayan seperti Hong Kong, Taiwan dan Arab Saudi. 

Apa yang saya ingin ceritakan disini adalah kisah yang dialami oleh adik perempuan saya.  Beliau telah mengeluarkan belanja seperti yang telah disebutkan diatas untuk mendapatkan pembantu rumah Indonesia.  Selang beberapa bulan setelah pembantu rumah itu berkhidmat dengan adik saya, dia melarikan diri.

Ini dialami pula oleh adik lelaki saya pada tahun lepas, pembantu rumah yang diambil secara sah dengan mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi melarikan diri beberapa hari selepas dia mula bekerja.  Anak-anak yang masih kecil iaitu berumur antara tiga dan lima tahun ditinggalkan sendirian dirumah tanpa penjagaan orang dewasa begitu sahaja.  Apabila adik ipar saya yang bekerja pulang kerumah diwaktu petang, dia mendapati anak-anaknya dalam keadaan tidak terurus dan menangis dalam keadaan terkunci dari dalam rumah.  Pembantu rumah tersebut telah lari dengan membawa bersama tabung anak-anak adik saya, barang-barang kemas, telefon bimbit yang dibekalkan kepadanya oleh adik saya untuk memudahkan perhubungan dan beberapa barang lain.  Almari habis di geledah.

Menurut maklumat yang saya dapati dari kawan-kawan Indonesia yang juga ada diantaranya pernah lari dari majikan, sebenarnya datang ke Malaysia melalui agensi pembantu rumah adalah mudah dan murah kerana mereka tak perlu menjual tanah di kampung dan juga meminjam wang untuk datang ke sini. Kawan mereka yang telah ada di Malaysia yang mencadangkan begitu dan mereka telah sedia menunggu di Malaysia dan hanya perlu menelefon mereka apabila telah sampai ke Malaysia.  Kebanyakan mereka memang telah merancang dari awal untuk melarikan diri kerana menurut kata mereka, bekerja jadi pembantu rumah teruk dan gaji juga kurang lumayan jika dibandingkan dengan bekerja di restoran-restoran.

Banyak kali ditayangkan di televisyen dan di akbar-akbar amah Indonesia mendera kanak-kanak.  Ramai juga di antara mereka menggoda majikan lelaki mereka sehingga rumah tangga majikan porak peranda.

Oleh itu, masih wajarkah pembantu rumah rakyat Indonesia di ambil untuk menjaga anak dan menguruskan rumah tangga kita??!!

Renung-renungkanlah. Mungkin menjaga anak-anak dan rumah tangga sendiri adalah lebih baik.  Jika tidak pun ambillah pekerja rakyat tempatan dan bayar gaji lebih sedikit dari gaji yang dibayar kepada pembantu rumah Indonesia kerana mengambil rakyat tempatan tidak memerlukan modal permulaan yang besar dan tidak perlu memperbaharui permit tahunan, disamping mereka lebih memahami adat dan budaya kita.



 

8 comments:

Unknown said...

pembantu rumah indon ni bukan satu keperluan tapi sudah menjadi trend masa kini, bila nak cari pembantu rumah mesti cari dari indon. better amik jer anak tempatan. kosnya tak lah semahal pembantu indon ni.

kalau tak terlalu mendesak, sebaiknya uruskan sendiri kerja kat rumah.

Mama Mikhayl said...

untrusted...mencurigakan....plus, mereka2 ni esok2 makan tuan...

dek kerana duit, nnt boleh jadi gaduh Malaysia dengan Indonesia...kata org kite rogol amah dia...

so baik buat keje umah sniri...puas hati....Laki pun sayang... :)

sabree hussin said...

kalau betul2 terdesak boleh la upah seorang

Super Ummi said...

hmm.. menarik topik ni..
kalau dapat yang bagus mmg memudahkan..
Tapi kalau dapat perangai yang bukan2, mmg menyusahkan..
boleh pulak die lari dengan laki..
Hampeh

kiz said...

sebenarnya amah indon satu KEPERLUAN YANG MEMBEBANKAN cam tu cakap.. silap langkah hati kita yg gundah..kalau nak ambil gak kena tapis sampai btol2 halus..

ada TAG untuk eh..hari ni last.!!
http://kizmyself.blogspot.com/2011/01/giveaway-3-tahun-blog-misztrex.html

aliza zeke said...

saya tak tahu pulak pembayaran permulaan nak amik pembantu rumah nie besar.banyak gak nak gune duit erk.kalau dapat yang ok takpelah jugak.

aibaks said...

uih.. taknak la pakai pembantu rumah.. buat serabut je nti..

Dea Bianglala said...

yuhuu.. hot topik nih..
I m Indonesian. Ex-maid also...
ih jd malu... tp betul kok sy pernah kerja sbg maid sama dg maid2 yg lain. gaji rm500, do house work, took care children etc.
the Different is semua process di
Indonesia sy kerjakan dan bayar sendiri. Sementara bagian Malaysia sy employer buat sendiri. that's the deal.. tak guna agen sama sekali....

How bout that? simple right? tak yah guna agen tak perlu duit banyak lhooo...

btw, skrang ada maid madein Malaysia lho... pernah dengar tak? di yayasan Felda.. coba cek http://maidinmalaysia.blogspot.com
sorry panjang sangat...
salam