Banyak membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan mendidik cara berfikir anak-anak. Minat membaca harus dipupuk dari kecil agar ia menjadi kebiasaan sehingga mereka besar nanti. Biasakanlah mereka dengan buku-buku yang sesuai mengikut perkembangan umur mereka.
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk menanam minat membaca adalah seperti berikut :
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk menanam minat membaca adalah seperti berikut :
- Jadikan rumah anda sebagai tempat yang boleh mendapat pelbagai jenis bahan bacaan. Buku-buku tersebut boleh dibeli dan juga di pinjam dari perputakaan.
- Libatkan anak anda semasa anda pergi membeli bahan bacaan dan juga ketika meminjam dari perputakaan. Berikan peluang mereka untuk memilih sendiri buku-buku yang mereka minat.
- Anda harus meluangkan masa untuk membaca buku-buku yang dibeli dan dipinjam agar anda boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan yang akan ditanya oleh anak-anak anda kelak.
- Luangkan masa membaca bersama anak-anak anda kerana ini akan memberikan motivasi dan contoh kepada anak-anak anda. Dengan membaca bersama, anda boleh berbincang tentang maklumat yang di dapati dari buku tersebut. Ini juga boleh merapatkan dan memesrakan lagi hubungan anda dan anak-anak anda.
- Jadikan buku yang dipilih oleh anak anda sebagai harta peribadi mereka. Ini akan membuat mereka lebih menyayangi buku tersebut. Anda juga boleh menulis nama mereka di buku-buku kepunyaan mereka
- Ajar anak anda agar mereka menjaga buku dengan baik. Ini akan mengajar mereka menghargai koleksi buku-buku mereka.
- Mengadakan sudut bacaan atau mini perpustakaan di rumah anda. Beri kebebasan kepada anak anda sama ada ingin menempatkat buku-buku mereka di mini perpustakaan tersebut atau menyimpan sendiri koleksi buku mereka.
11 comments:
kene wat satu perpustakaan mini kt umah...
a'ah btol cakap en faizal tuu kena wat perpustakaan mini kat umah..
bagos lah info nie.boleh digunakan tuk mendidik anak sendiri di masa akn dtg.hehe
setuju...xrelah buku 2 comic skalipun...klau bdk2 kn ske cartoon..tp smbl 2 ajar die bc buku ilmiah pulak..hehehe..bagus2 good info..
tq share tips ni..lps ni nak buat perpustakaan kecil kt umah..hehe~
buat perpustakaan mini xsemestinya kene ade bilik khas. kat ruang tamu / ruang keluarga pun blh dijadikan perpustakaan mini...
kat rumah mak ayah Peja, ruang keluarga dijadikan perpustakaan mini... ada macam2 buku yang berilmiah.. kalau ade komik pun, bukan komik mengarut... Quran pun letak kat situ... Alhamdulillah, adik Peja yang sekarang umur 9 tahun, dari umur 4 tahun lagi dah pandai membaca buku dan Quran...
tul tu.. aibaks setuju didikan anak dengan pembacaan mampu meningkatkan daya pemikiran mereka..
setuju!!
membaca ni perlu dari kecik
masa kecik parents mmg slalu belikan buku cerita so bila dh besar jadik mcm ketagih baca buku...xkisah lah ada gambar ke tak..
if budak2 xsuka yg xda lukisan blehlah bagi buku2 yg ada gambar, komik ke...yg penting ada rasa nak membaca^^
ibu bapa dulu kena rajin membaca..
supaya jadi contoh...
ni kalau bakal mummy rajin baca tp semua online anak dlm perut pun esok kaki online jugak la ni.. kekekeke
suka tngok budak2 kecil mmbaca..
tp pyh nk jumpe orang2 dewasa mmbaca buku skrg ni..
baca jer apa2 pun tp semua dah online bc online jer r..
Post a Comment