Monday, 10 January 2011

Angin Meroyan


Penyakit angin meroyan ataupun dalam istilah saintifiknya posnatal depression adalah sinonim dengan wanita baru lepas bersalin.  Walaupun ia jarang berlaku namun ramai wanita takut jika penyakit ini menimpa mereka.  Oleh itu setiap wanita lepas bersalin harus mengamal pantang larang, menjaga kebersihan dan juga emosi untuk mengelakkan penyakit ini menimpa mereka.  Antaranya adalah penjagaan pemakanan, membersihkan darah kotor dan mengamalkan urutan badan.


Ciri-ciri penyakit angin meroyan yang harus di kenalpasti oleh mereka disekeliling wanita tersebut adalah :
  • wanita tersebut nampak murung dan kelihatan terlalu tertekan
  • sentiada keletihan dan kelihatan tidak bermaya
  • bersikap rendah diri dan sering memencilkan diri
  • sentiasa berasa runsing dan terlalu pendiam
  • hilang semangat dan tidak ceria, sebaliknya sentiasa bersedih
  • sensitif, cepat tegang dan cepat marah
  • tidak memperdulikan penampilan diri dan kelihantan tidak terurus
  • sukar tidur walaupun pada waktu malam
  • putus asa
  • hilang selera makan
  • mempunyai perasaan hipokondria iaitu perasaan terlalu risau tentang kesihatan walaupun tidak sakit
  • bersikap dingin sama ada terhadap bayi, suami dan ahli keluarga
  • menunjukkan perlakuan seperti orang hilang akal.

Antara punca berlakunya penyakit meroyan adalah seperti :
  • perubahan hormon di dalam badan wanita tersebut
  • menghadapi tekanan hebat ketika melahirkan anak dan tekanan itu berterusan sehingga selepas melahirkan anak
  • faktor persekitaran yang mengganggu emosi seperti tidak bersedia menjadi ibu atau terpaksa menerima kelahiran bayi secara terpaksa
  • tiada sokongan insan tersayang seperti suami dan keluarga
  • terlalu tertekan fizikalnya seperti penat menjaga bayi kecil dan anak-anaknya yang lain dan tidak cukup berehat kerana terpaksa berjaga malam
  • keadaan menjadi bertambah rumit jika terpaksa menguruskan rumahtangga tanpa mendapat bantuan dari suami dan ahli keluarga yang lain
  • sikap suami yang tidak memahami situasi wanita dalam pantang dan selalu mendesak serta enggan membantu dalam hal menguruskan anak-anak dan rumahtangga
  • fikiran yang selalu berserabut dan tertekan

Cara-cara yang boleh dilakukan oleh wanita sebagai persediaan untuk mengelakkan dari diserang anign meroyan:
  1. Luahkan perasaan dan kongsi masalah anda bersama suami, keluarga serta rakan-rakan.
  2. Buat persediaan awal untuk menjadi ibu dan bersedia untuk menghadapi cabaran bersama si kecil sama ada menerusi pembacaan ataupun rujukan doktor.
  3. Hadiri kelas antenatal ataupun dapatkan khidmat nasihat pakar untuk mengurangkan rasa takut bersalin serta cara-cara mengendalikan situasi selepas bersalin.
  4. Dapatkan rehat yang cukup untuk mengurangkan tekanan.  Kurangkan melakukan kerja-kerja rumah dalam tempoh berpantang, sebaliknya tumpu pada bayi dan diri anda sahaja.
  5. Dapatkan pembantu rumah atau pertolongan ahli keluarga dan rakan untuk membantu meringankan tugas rumah seperti memasak, mengemas dan menguruskan anak-anak yang lain.
  6. Luangkan masa untuk diri dan suami.  Jangan jadikan bayi sebagai penghalang untuk menunjukkan kasih sayang suami isteri.  
  7. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan kesihatan fizikal selepas bersalin.  Tubuh yang sihat akan membantu anda menjadi ibu yang cergas dan tidak terlalu keletihan.

Ubat yang paling mujarab untuk mengatasi angin meroyan adalah sokongan emosi sepenuhnya dari suami dan keluarga bagi memastikan kestabilan emosi.  Dekatkan diri dengan Tuhan dan pastikan diri berada di dalam keadaan tenang sentiasa.  Inysaallah masalah ini akan dapat dielakkan.

12 comments:

oRkEd PuTiH said...

salam..
suke post nie..coz dlu sy ada wt asignment pasal adat n pantang larang perempuan sebelum,ketika n selepas bersalin..
ada pasal meroyan nie..
tp x pasti..
n skunk dh taw pe die...
terima kasih2!!!!

genuine1224 said...

ada jugak kan kes2 mcm ni...dlu ada sedara i jadik, sian dia..jenuh berubat..spital pegi, berubat kg pun pegi jugak..lama jugak la br recover

Unknown said...

huhuhu sib bek stakat ni dh 5 kuar x penah kene camni dan skunk pown x leh produce lg terselamat lerr dari penyakit meroyan ni..Tp info ni akan iris gunakan untuk menantu nnt lmbt lagi kot.....insyaallah.. Gud info kak cem :)

C28su said...

Banyak tengok kes2 meroyan ni...tapi most of cases adalah dari tekanan perasaan....good info....

nisa said...

paling takut bila ada tekanan waktu pantang...pernah stress giler bila ada org cuba runtuhkan rumah tangga saya sepanjang pregnant n tengah pantang, alhamdulillah allah melindungi saya sepanjang melalui saat itu...

misSbLurRy said...

bahaya meroyan nie.....

Asosiasi Penulis Islam said...

mmh, jadi tahu ni sekarang ternyata.. thanks infonya.. nice..

Cik SHiNJU said...

Bahaya gak kalau terkena angin meroyan ni kan..

yuyu aziz said...

minta-minta dijauhkan dari meroyan.

nice post u :)

Notami said...

thanks 4 da info! t notami ingt petua ni utk bakal isteri nanti..hehe

Anonymous said...

ADa x ubt yg bleh hlang angn meroyan...coz sy g brubt diorg ckap sy kne angn meroyan...lpas bsalin..sy pn xthu mcm ne nk bt'..mcm2 ubt sy cuba

Cempakamelati said...

Buat masa ni saya belum jumpa lagi ubat angin meroyan ni. Ramai yang kata akibat tekanan perasaan. Perempuan sangat lemah ketika baru lepas bersalin. Mudah kena gangguan dari makhluk halus. yang terbaik bagi pendapat saya adalah banyakkan berzikir. Insyaallah akan mendapat pertolongan dan perlindungan dari Allah.