Kebiasaannya, apabila perayaan kita akan makan pada tiap-tiap rumah yang kita kunjungi. Hari Raya Aidilfitri sebagai contoh, kebiasaan makanan yang dihidangkan adalah rendang, kuah kacang, kek, kuih raya dan sebagainya. Semua makanan ini mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan rumah juga menghidangkan minuman bergas yang mengandungi kandungan gula yang tinggi yang menymbang kepada kenaikan berat badan. Jika dalam sehari 10 rumah yang kita kunjungi, sepuluh kali jugalah kita makan dan minum. Itu tak termasuk makan di rumah sendiri lagi. Oleh itu tak hairanlah jika kebanyakan dari kita mengalami kenaikan berat badan.
Jika berkunjung kerumah saudara mara dan rakan taulan, jika tak menjamah hidangan, tak baik jugakan!! Kecik hati tuan rumah nanti.
Walaubagaimanapun jangan risau. Di sini saya ingin memberikann sedikit tips untuk mengurangkan kerisauan anda semua. Ianya adalah seperti berikut:
Jika berkunjung kerumah saudara mara dan rakan taulan, jika tak menjamah hidangan, tak baik jugakan!! Kecik hati tuan rumah nanti.
Walaubagaimanapun jangan risau. Di sini saya ingin memberikann sedikit tips untuk mengurangkan kerisauan anda semua. Ianya adalah seperti berikut:
- Untuk memasak dirumah sendiri, gunakan minyak zaitun untuk menumis dan menggorang. Minyak zaitun tidak mengandungi lemak tepu. Minyak zaitun juga mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan anda.
- Tiap kali lepas makan, biasakan minum air suam dan elakkan minum minuman berais. Ini dapat mengelakkan lemak yang mungkin terkandung dalam makanan menjadi lemak tepu dan akan tersimpan di bahagian tertentu di dalam badan dan sukar untuk di buang.
- Elakkan makan makanan sejuk beku seperti daging burger, sosej dan yang seangkatan dengannya kerana makanan-makanan ini mengandungi lemak tepu yang tinggi yang menyumbang kepada kegemukan.
- Memakan suplimen tambahan seperti omega-3 juga adalah sangat baik untuk membantu melawan pembentukan lemak tepu dan kolestrol jahat dalam badan. Ia juga dapat mengurangkan lemak tepu dan kolestrol jahat yang sedia ada dalam badan. Selain itu, omega-3 juga dapat membantu mengawal keradangan dalam badan, membantu menguatkan jantung, menjaga kesihatan organ pengelihatan serta menaikkan mood seseorang. Selain memakan omega-3 yang berbentuk kapsul, makanan yang mengandungi omega-3 yang tinggi yang boleh ditambah di dalam diet anda adalah seperti ikan sardin, ikan salmon dan ikan kembung.
No comments:
Post a Comment