Penjagaan kesihatan dan kebersihan diri dan penjagaan pemakanan semasa mengandung adalah amat penting bagi memastikan kandungan anda selamat dan sihat. Jangkitan kuman "toxoplasmosis gondii" (toxoplasma) adalah sangat merbahaya dan boleh menyebabkan keguguran.
Menurut artikel yang diterbitkan di Harian Metro Selasa 20 Ogos 2013 yang ditulis oleh Dr. Norman Mohd Norawi, ada tiga punca utama jangkitan kuman ini terhadap wanita mengandung iaitu daging separuh masak atau mentah yang tercemar, dari kucing yang dijangkiti kuman tersebut atau dari tikus.
Semasa mengandung pastikan anda makan makanan yang benar-benar masak bagi mengelakkan risiko mendapat jangkitan kuman tersebut melalui makanan.
Jangkitan dari kucing pula adalah dari cakaran dan dari najis kucing tersebut. Jangkitan tidak akan berlaku dari sentuhan biasa seperti membelai kucing atau membiarkan kucing tersebut duduk di pangkuan anda.
Walaupun kucing boleh menjadi pembawa kuman toxoplasma, peratusan kucing peliharaan menyebabkan jangkitan kuman ini adalah sangat rendah kerana mereka bukan pembawa semulajadi kuman ini. Jangkitan mungkin berlaku jika kucing peliharaan bergaul dengan kucing liar atau terpijak najis kucing liar ataupun berkemungkinan kucing tersebut memakan tikus atau daging mentah yang tercemar dengan kuman tersebut.
Kucing liar pula mempunyai peratusan yang lebih tinggi dari kucing peliharaan kerana faktor makanan dan persekitaran tempat tinggal kucing liar yang kebiasaannya kotor.
Langkah kawalan
Untuk mengelakkan dari dijangkiti kuman toxopasma dari kucing peliharaan, beberapa perkara perlu diberi perhatian iaitu:
Elakkanlah perkara-perkara yang tidak diingini dan peliharalah kucing anda dengan cara yang sihat dan bersih. Menurut artikel yang diterbitkan di Harian Metro Selasa 20 Ogos 2013 yang ditulis oleh Dr. Norman Mohd Norawi, ada tiga punca utama jangkitan kuman ini terhadap wanita mengandung iaitu daging separuh masak atau mentah yang tercemar, dari kucing yang dijangkiti kuman tersebut atau dari tikus.
Semasa mengandung pastikan anda makan makanan yang benar-benar masak bagi mengelakkan risiko mendapat jangkitan kuman tersebut melalui makanan.
Jangkitan dari kucing pula adalah dari cakaran dan dari najis kucing tersebut. Jangkitan tidak akan berlaku dari sentuhan biasa seperti membelai kucing atau membiarkan kucing tersebut duduk di pangkuan anda.
Walaupun kucing boleh menjadi pembawa kuman toxoplasma, peratusan kucing peliharaan menyebabkan jangkitan kuman ini adalah sangat rendah kerana mereka bukan pembawa semulajadi kuman ini. Jangkitan mungkin berlaku jika kucing peliharaan bergaul dengan kucing liar atau terpijak najis kucing liar ataupun berkemungkinan kucing tersebut memakan tikus atau daging mentah yang tercemar dengan kuman tersebut.
Kucing liar pula mempunyai peratusan yang lebih tinggi dari kucing peliharaan kerana faktor makanan dan persekitaran tempat tinggal kucing liar yang kebiasaannya kotor.
Langkah kawalan
Untuk mengelakkan dari dijangkiti kuman toxopasma dari kucing peliharaan, beberapa perkara perlu diberi perhatian iaitu:
- Jangan membersihkan najis kucing jika anda mengandung. Jika perkara ini tidak dapat dielakkan, gunakanlah sarung tangan getah dan basuh tangan selepas mengendalikan kucing anda.
- Cuci dan bersihkan tenpat pasir najis kucing setiap hari kerana kuman toxoplasma mudah berjangkit dalam tempoh 1 hingga 5 hari selepas kucing membuang najis.
- Jangan memberi makan daging mentah kepada kucing anda dan jangan biarkan kucing anda bergaul dengan kucing liar.
- Elakkan mengendalikan kucing liar atau anak kucing liar di luar rumah jika anda sedang mengandung.
- Jangan biarkan kucing liar berkongsi pasir najis dengan kucing anda.
- Gunakan sarung tangan getah untuk membersihkan najis kucing yang tidak diketahui asal usulnya.
No comments:
Post a Comment