Denggi adalah salah satu penyakit yang amat ditakuti kerana penyakit ini boleh membawa maut. Virus denggi ini boleh tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes betina yang membawa virus denggi. Ia adalah penyakit bermusim dan sering menyerang selepas musim hujan di mana pada ketika ini terdapat banyak tempat air bertakung dan lopak air terbentuk yang meningkatkan tempat pembiakan nyamuk.
Selepas digigit oleh nyamuk Aedes betina yang membawa virus denggi, virus ini akan terpendam selama 3 hingga 14 hari sebelum menunjukkan simptom awal yang tidak khusus seperti mengalami demam yang tidak kebah selepas beberapa hari, suhu badan yang tidak menentu dan timbul bintik-bintik merah seakan-akan terkena gigitan nyamuk di seluruh badan.
Denggi boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:
1. Demam denggi
- Ini adalah yang paling kerap berlaku. Ia bermula dengan demam mengejut di susuli dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias), sakit pinggang yang teruk dan gatal-gatal.
- Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah. Pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh.
- Tanda pada kulit yang yang biasa berlaku ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal.
- Kemungkinannya juga akan terdapat gabungan simptom seperti gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit.
- Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
2. Denggi klasik.
- Kebiasaannya pesakit akan berasa sengal-sengal badan, cirit-birit, mual serta ruam kemerahan.
- Ia boleh berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic).
- Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss, di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
- Simptom penyakit ini adalah pesakit mengalami demam yang tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration.
- Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.
- Denggi jenis ini kerap menyerang kanak-kanak dan golongan muda.
4. Kejutan Denggi (Dengue Shock Syndrome)
- Ia adalah jenis denggi yang paling tenat. Kejutannya berlaku selepas dua hingga enam hari mengalami simptomnya, diikuti rebah, nadi lemah, dan kebiruan keliling mulut.
- Simptom-simpton lainnya termasuk: mudah lebam, bintik-bintik darah, gusi dan hidung berdarah.
- Sindrom kejutan denggi boleh membawa maut. Kadar kematian akibat sindrom ini adalah 6–30%, paling kerap berlaku pada kanak-kanak.
Air yang digunakan untuk jambangan bunga juga harus ditukar setiap minggu. Bekas takungan air seperti baldi atau tangki air harus ditutup bagi mengelakkan nyamuk bertelur di dalamnya. Digalakkan juga meletakkan ubat jentik-jentik di dalam bekas takungan air tersebut.
Elakkan juga dari melawat kawasan-kawasan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini serta lindungilah diri dari gigitan nyamuk seperti menggunakan kelambu ketika tidur dan sebagainya.
Sumber: Wikipedia Ensiklopedia Bebas dan Metro Ahad 20 Julai 2013.
No comments:
Post a Comment