Minum akar kayu dan jamu
Semasa dalam tempoh berpantang, para ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu. Ia dapat membantu menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran sepanjang tempoh berpantang. Ia juga dapat membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam. Tetapi jika ada tanda-tanda anak anda tidak ingin menyusu badan dan mengalami cirit birit ketika anda mengamalkan meminum akar kayu dan jamu ini, sebaiknya pengambilannya diberhentikan untuk kebaikan anak anda.
Makanan berkhasiat untuk yang berpantang
Pada minggu-minggu awal selepas bersalin eloklah memakan makanan yang kering bagi mengecutkan perut. Elakkan makanan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak. Elakkan juga meminum air yang terlalu banyak dan berais. Meminum minuman tersebut ketika pantang bersalin dikuatiri akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.
Pada masa berpantang 44 hari ini sebaiknya diperbanyakkan memakan ulam-ulaman seperti pegaga, kunyit, halia, cekur, mengkudu dan sebagainya kerana ia mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang.
Semoga apa yang saya paparkan diatas ini dan di artikel-artikel sebelumnya dapat memberi ilmu dan manfaat sedikit sebanyak kepada pembaca semua terutamanya para bakal ibu.

1 comment:
blogwalking
Post a Comment