Dalam istilah saintifik, daun sup atau daun saderi dikenali sebagai Apium graveolens. Ia adalah merupakan ramuan yang penting untuk masakan sup. Ketiadaan daun sup dalam masakan sup adalah umpama tak menggunakan payung ketika berjalan meredah hujan......hmmm!!
Seperti tumbuhan lain, daun sup juga mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya adalah ia dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Cara yang boleh diamalkan untuk menurunkan tekanan darah tinggi adalah, ambil sedikit daun sup, hiris kecil-kecil dan tumbuk bersama sedikit gula. Setelah ditumbuk lumat, campur kan sedikit air. Kacau rata, tapis dan ambil airnya. Amalkan meminum air daun sup ini tiga kali sehari untuk mendapatkan kesan yang optimum. Cara lain yang lebih mudah adalah dengan merebus daun sup. Amalkan meminum air rebusan ini tiga kali sehari.
Antara khasiat lain daun sup adalah, ia boleh digunakan untuk mengubati masalah keracunan berpunca dari jangkitan bakteria, menghentikan pendarahan dan juga membaikpulih fungsi hormon yang terganggu seperti ketika haid.
Daun sup juga baik untuk kesihatan mata. Amalan yang boleh dilakukan adalah, ambil dua ke tiga tangkai daun sup, dua tangkai bayam dan datu tangkai daun kemangi. Tumbuk bahan-bahan tersebut kemudian direbus dengan air secukupnya sehingga mendidih. Amalkan meminum air rebusan ini tiga kali sehari untuk mendapatkan mata yang sihat dan terang.
4 comments:
Boleh CK cuba nie kat ayah. Thanks for sharing
waaa..
tmbh plak ngan khasiat sup ayam..
mmg pnuh khasiat dh nie:)
Saya suka makan Daun Sup.. Tapi selama ni tak tahu pula apa khasiatnya..
Terima kasih kerana sudi berkongsi info tentang khasiat daun Sup..
Entri Terkini Di Blog Saya:
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda??
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda
info yang menarik..mohon share yer
Post a Comment