Selain ia adalah bunga yang dipuja oleh Ramli Sarip, ramai yang tidak tahu bahawa teratai sebenarnya banyak kelebihan dan khasiat. bermula dari bunga, ubi, biji dan daun teratai sebenarnya boleh dimakan dan mempunyai banyak khasiat.
Buah teratai boleh dimakan mentah atau dicampur kedalam minuman seperti laici kang. Ubi teratai boleh dimakan, kebiasaannya dibuat sup atau di kukus. Pucuk dan daun mudanya pula boleh dicelur, dikukus atau digoreng sebagai hidangan makanan.
Teratai mengandungi banyak khasiat kerana ia kaya dengan mineral, asid amino dan asid askobik yang penting untuk kesihatan kulit. Ia juga mampu menyembuhkan pelbagai penyakit iaitu seperti:
- bengkak usus, hidung berdarah, sakit dada, pitam dan panas badan - Daun teratai hendaklah direbus dan airnya diminum dua kali sehari iaitu di waktu pagi dan petang.
- cirit-birit - rebus biji teratai yang sudah masak dan minum airnya.
- kencing berdarah, pendarahan pada sistem pernafasan dan haid terlalu lama - amalkan meminum air rebusan ubi teratai dua kali sehari sebelum makan.
- kurap - amalkan meminum air rebusan kelopak bunga teratai.
- keputihan - amalkan meminum air rebusan biji teratai.
7 comments:
TQ FOR THAT INFO. sbelum ni dgr org cine je slalu mkn bunga teratai ni~
buat semak tasik jer...
Salam...
Info yg sgt berguna..tq for sharing
suka lagu teratai by ramli sarip. tak puas dengar
pas ni nk bg bunga kat orang tsayang..bg teratai pon ok gak..tq 4 the info.
I LIKE TERATAI..CZ FB SY POWN TERATAI ICELAND...HUHUHU
Ya teratai memang banyak khasiat dan sgt istimewa...
Terima kasih atas info ini.
Post a Comment