Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang. Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti. Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya.
Di bawah ini disenaraikan tujuh cara untuk meransang anak di dalam kandungan.
- Ibu hamil hendaklah menjaga emosinya agar sentiasa tenang, ceria dan gembira agar anak yang akan dilahirkan nanti akan memiliki sifat-sifat tersebut dan tidak mudah meragam.
- Lahirkanlah perasaan rindu menanti kelahiran bayi anda dengan penuh ikhlas dan penuh kasih sayang melalui usapan dan sentuhan lembut.
- Perdengarkan beberapa jenis muik seperti Mozard dan gemelan. Selalulah berzikir dan membaca ayat-ayat al-Quran seperti surah Yusuf, surah Maryam dan surah Luqman.
- Selalulah berbual-bual dengan bayi anda dengan suara yang lembut. Apabila berbual dengan bayi anda, kenalkan diri anda. Ini adalah penting kerana dia hanya mampu mendengar dan merasa, tetapi masih tidak boleh melihat dunia luar.
- Lakukanlah isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap dengan lembut untuk menenangkannya.
- Perkenalkan perbezaan suasana terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut. lakukan ransangan ini 5 hingga 10 minit.
- Jika bayi anda mempunyai abang atau kakak, perkenalkan mereka kepada bayi anda. Ajaklah anak-anda berinteraksi dengan adik mereka. Ajaklah mereka berbual serta menciumnya. Cara ini akan dapat menyemai perasaan kasih sayang di antara mereka adik beradik sejak awal lagi. Sekali gus akan dapat mengelakkan perasaan cemburu si abang atau si kakak terhadap adik mereka bila adik mereka telah dilahirkan nanti.
8 comments:
ni yang tak sabr nak kawen ni n nk baby ni... hehehehhehe..
dlu ms 1st peknen i buat camni la..tp xlama sbb bersalin awal,xcukup bulan...next peknen,nak buat lagi...mmg kena amalkan mcm ni kan?
sembang yg baik2 baca ayat yg baik2 dn nyanyi lagu yg baik2 insyaallah
ibu yang mengandong ..jangan ikut perasaan sangant..banyakan baca surah yusuf., luqman, mariam, toha..insyallah anak jadi baik dan bijak...pengalaman isteri..
bnyakkan sabar bakal2 ibu ye..
mood yg baik merangsang pertumbuhan bayi yg sihat dan bijak..
Masa anak pertama selalu bukak mp3 surah al quran letak kat perut maknya...
betOl kata Abu Luqman ...
ada tue jugak...emosi kemarahan pun kena kOntrOl. cOntOhnya..kalau kita marahkan seseOrang jgn terbawak². takut baby kita pun x suka pada Orang tue. mmg dah terbukti.pernah terjadi pada diri kina sendiri.
Allahuaalam....
betul...terjadi pada diri saya...time mengandung memang suka marah2, panas baran...tengok sekarang anak pun panas baran.... nk try klu mengandung lg...nk buktikan kebenarannya....
Post a Comment