Bahan bahan:
Setengah ekor ayam
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh lada hitam
1 batang serai
1 inci halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit daun sup / saderi
Garam secukup rasa.
Cara membuatnya:
Setengah ekor ayam
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh lada hitam
1 batang serai
1 inci halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit daun sup / saderi
Garam secukup rasa.
Cara membuatnya:
- Potong ayam kecil-kecil dan dibersihkan.
- Jerang air panas di dalam periuk atau kuali dan biarkan ia menggelegak.
- Apabila air telah menggelegak, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk lumat.
- Masukkan serai yang telah dititik.
- Masukkan jintan manis, jintan putih dan lada hitam yang telah di mesen halus (atau nak senang beli jer kat kedai serbuk yang telah siap dikisar)
- Biarkan air itu menggelegak kembali barulah masukkan ayam dan biarkan hingga masak.
- Jika anda suka bolehlah masukkan kentang dan lobak merah serta lain-lain sayur yang anda suka. Jika anda ingin mencampurkan sayur sawi, hendaklah dimasukkan ketika ayam telah empuk untuk menjaga khasiat sayur tersebut.
- Taburkan garam secukup rasa.
- Ketika menghidangkannya, taburkan daun sup yang telah dihiris-hiris.
No comments:
Post a Comment