Nak masak apa ya hari ini. Hari-hari masak ni kadang sampai dah takde idea nak masak apa.
Apa kata hari ni masak sup daging!!! Hmmmm!!.
Mula
mula aku potong daging kecil-kecil. Selepas siap, aku masukkan air ke
dalam periuk dan jerang. Sambil menunggu air menggelegak, aku potong 5
biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan halia sebesar ibu jari dan
kisar. Sambil itu aku kisar guna pengisar kering 1 sudu kecil jintan
manis, 1 sudu kecil jintan putih, 2 kuntum bunga lawang, 1 sudu kecil
lada hitam, sebatang kulit kayu manis yang kecil, dan 1 sudu kecil buah
pelaga.
Bila
air dah menggelegak, aku masukkan bahan kisar basah dan kisar kering
tadi. Bahan dalam periuk aku biarkan lagi sehingga menggelegak
semula. Bila dah menggelegak aku masukkan daging. Semua bahan
tersebut aku biarkan selama 2 jam di atas api yang sederhana besar.
Dari masa ke semasa aku cek air kat periuk tu..jika perlu di
tambah..aku tambah. Lebih sedap jika dicampurkan dengan tulang lembu
kerana tulang lembu akan menyedapkan lagi sup tadi.
Sambil menunggu , aku potong dalam 4 biji bawang merah dan potong nipis-nipis dan aku goreng dengan menggunakan minyak yang sedikit. Goreng sampai warna dah mula agak keperang-perangan dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan dengan minyak gorengan sekali ya. Tambahkan garam secukup rasa. Ta.. da...dah siap lauk tengahari ku.
Kepada
yang suka dan ada bahan kat rumah, kamu boleh tambahkan daun sup,
perahkan sedikit limau atau cuka dan potong sedikit cili api. Aku tak
letak cili api sebab sup ni nak ku kongsikan bersama anakku yang
berumur 1 tahun 5 bulan (Ain). Daun sup pun sama, takde kat umah.
Camner ok tak resepi ni...cubalah ...
No comments:
Post a Comment