Tuesday, 21 December 2010

Mee Ladna

Resepi ini adalah untuk hidangan 2 orang.

Bahan-bahan:
200 gram mi kuning
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil sos ikan (sos nampla)
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikir air)
80 gram isi ayam
60 gram sotong
50 gram udang
1 cawan stok ayam
40 gram kailan
60 gram lobak merah
50 gram kubis bunga
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa

Cara menyediakannya: 
  1. Mula-mula panaskan kuali dan masukkan mi kuning dan tuangkan kicap.  Angkat dan asingkan ke dalam pinggan.
  2. Untuk kuahnya pula, tumis bawang putih, apabila telah sedikit wangi, masukkan isi ayam, sotong dan udang.  Biarkan sebentar.
  3. Kemudian masukkan sos tiram dan stok ayam.
  4. Selepas itu masukkan sayur-sayuran dan tepung jagung yang dicampurkan dengan sedikit air.
  5. Akhir sekali masukkan sos ikan serta garam dan lada hitam.
  6. Ambil kuah yang telah siap ini dan masukkan ke dalam pinggan yang berisi mi tadi.  Sekarang ia sedia untuk dihidangkan.
Nota:  Mi kuning tersebut boleh digantikan dengan bee hoon, kue tiew, yee mee dan juga nasi.

No comments: