Sunday, 19 December 2010
Saat Kehamilan- laluilah ia dengan suasana gembira dan sihat
Setiap wanita pasti sangat-sangat gembira bila mengetahui bahawa diri mereka mengandung terutamanya apabila mengandungkan anak pertama. Semasa menerima berita gembira ini, anda haruslah bersedia untuk mengharungi tempoh mengandung yang banyak pancaroba seperti rasa tertekan, keadaan yang tidak selesa dengan perubahan diri semasa tempoh mengandung, perubahan emosi dan fizikal dan sebagainya. Anda harus bersedia untuk mengatasi keadaan yang tidak selesa ini dengan bijak agar segalanya akan berjalan lancar.
Antara yang anda boleh lakukan adalah:
1. Nikmati keseronokan aktiviti di luar rumah. Sihatkan badan anda dengan aktiviti ringkas. Biarkan panas pagi mengenai tubuh anda kerana ia adalah sumber vitamin D yang baik untuk kulit dan tulang anda dan anak anda. Vitamin D juga adalah pencegah kanser yang amat berkesan. Sekiranya anda adalah seorang yang bekerjaya, sekurang-kurangnya luangkanlah masa sehari seminggu untuk aktiviti ini.
2. Hilangkan tekanan dengan rasa gembira. Mulakan pagi anda dengan mood yang baik dan bangun dengan perasaan yang ceria. Mood yang baik dan ditambah dengan persekitaran yang segar akan membantu tubuh anda mengalirkan rembesan kimia sihat dan ceria dari otak anda. Ia adalah terapi yang amat baik untuk ibu hamil yang terpaksa melalui saat-saat sukar akibat perubahan hormon badannya.
3. Elakkan melakukan aktiviti di bawah matahari yang terik terutamanya dari sekitar pukul 11.00 pagi sehingga 3.00 petang. Wanita hamil biasanya mengalami kulit yang sensitif terhadap panas matahari di akibatkan oleh perubahan hormon seperti kulit kehitaman dan gatal di bahagian leher, hidung, ketiak dan celah peha. Jika anda terpaksa juga keluar rumah di terik panas matahari, gunakanlah losen pelindung matahari seperti SPF15.
4. Luangkanlah masa untuk beriadah di pantai. Pijak kaki anda di pasir yang halus tanpa kasut dan berjalan perlahan-lahan. Biarkan kaki anda terbenam kedalam pasir setiap kali melangkah. Proses ini akan melegakan kaki anda yang letih kerana menampung berat badan. Apabila penat berjalan, anda bolehlah duduk di atas pasir dengan kaki berlunjur dan gosokkan kaki anda dengan pasir. Selepas itu bolehlah anda berendam sambir membiarkan ombak kecil mengenai tubuh anda. Pasir dan air laut sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri untuk melancarkan peredaran darah, merawat kulit sensitif serta memberi terapi yang baik untuk minda.
5. Pilihlah pakaian yang sesuai dan selesa dengan keadaan diri anda. Sekarang banyak pilihan pakaian yang boleh dipakai ketika mengandung yang ada di pasaran. Elakkan pakaian bewarna gelap kerana ia berkemungkinan akan menyebabkan anda pitam ketika berada di tempat panas. Elakkan lah fesyen-fesyen yang tidak selesa. Jika anda ingin bergaya pastikan keselesaan diutamakan.
Semoga semua ibu mengandung akan dapat menikmati saat hamil yang indah dan sihat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
banyak perkara aneh akan berlaku bagi pengantin baru,. hehehe..
emosi bakal ibu harus sentiasa d jaga..
emosi bakal ibu harus sentiasa d jaga..
mengandung anak pertama.. dh masuk 6 bln pun masih xley makan lagi.. makan.. muntah... makan... muntah... sampai kena marah ngan doktor sbb berat x tambah... huhuhu
salam cempaka...
Rindu untuk hamil lagi :) Dah beberapa kali kehamilan tidak berterusan...semoga ada rezeki lagi selepas ini...
Bestnyer dapat jadi ibu.. tak sabar menanti saat itu.. hehee
pengalaman yang indah buat bakal ibu dan bapa..
Post a Comment