Peria katak atau nama saintifiknya Momordica charanthia memang tidak asing lagi oleh masyarakat Malaysia. Ramai yang tidak suka memakannya kerana rasanya yang pahit. Tapi jika anda bijak memasaknya, rasa pahitnya tidak akan berapa terasa dan ia akan menjadi antara makanan yang amat berhasiat.
Peria katak sebenarnya amat kaya dengan vitamin dan zat galian. Adakah anda tahu bahawa untuk setiap 100 gram peria katak , ia mengandungi 8 gram protein (untuk membina tisu badan), 2.9 gram karbohidrat (untuk tenaga), 0.9 gram fiber (untuk penghadaman), 56 gram kalsium (untuk gigi dan tulang) serta vitamin C dan B. Disamping itu juga ia mengandungi 140 gram beta karotena (untuk pengelihatan), 6.1 mg zat besi, 10 mg fosforus dan 116mg kalium. Ketiga-tiga garam galian yang terkandung di dalam peria katak ini amat berguna untuk metabolisme dan mengekalkan fungsi badan.
Khasiat jus dan air rebusan peria katak
- Mampu merawat penyakit diabetes - dipercayai dengan menjadikan ulam setiap hari sebanyak 4 ke 5 biji, ia mampu merawat diabetes. Ia juga boleh dibuat jus untuk mendapatkan khasiat yang sama.
- Air rebusannya pula dipercayai boleh merawat sembelit.
- Air rebusannya juga boleh digunakan untuk merawat rambut. Caranya adalah dengan melumurkan air rebusan peria katak dikepala dan urut kepala selama 10 minit sebelum dibilas bersih.
- Air rebusannya juga boleh dijadikan tonik yamg mampu membersihkan darah dan membantu penyakit darah tinggi.
- Air rebusannya juga boleh merawat batuk dan ccirit birit.
- Ia juga mampu merawat sakit mata.
- Air rebusan peria katak yang dicampurkan sedikit dengan jus limau boleh mengatasi ketagihan alkohol. Amalkan meminumnya selama empat ke lima bulan untuk melihat hasilnya.
- Boleh merawat penyakit buasir - Caranya adalah mencampurkan perahan daun peria katak kedalam susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akarnya pula hendaklah dihancurkan dan disapukan pada tempat buasir.
- Untuk mereka yang terkena demam campak, daun peria katak yang dicampur dengan kunyit hidup dan ditumbuk boleh dijadikan ubat sapu bagi menghilangkan gatal demam campak
Amalkanlah memakan peria katak ini, walaupun pahit, banyak khasiatnya. Selain jus dan air rebusan, berbagai cara hidangan boleh dilakukan untuk menaikkan selera memakannya seperti kerabu, perita goreng bersama telur dan sebagainya.
18 comments:
xsuka makan peria...ngeeee
cemapka...peria jika dibuat sambal dan org pandai buat memang sedap...ramai rakan saya di sekolah suka makan peria sambal...sedap...saya pernah cuba...mungkin org yg membuat ni kena org veteran juga baru sedap...saya pernah buat...uikss....pahit bangat...
:) hmmm.... bitter but fresh..
like it
erk...bnyk gak khasiat die tapi still x suke dek kerana kepahitannya....xnak~~
as salam chempaka,
terima kasih sudi singgah...
peria katak ..suka sangat, tidaklah pahit bila dah dimasak..
huhuhu..peria yg biasa tu pon saya kurang gemor..agagaga..kena latih utk makan juga nih..bnyk khasiat ni..
Jom skodeng :Mengenai CPC, CPM, BE & ME Nuffnang
sukew peria katak but x sukew katak...hahaha...
kalau nak kurangkan pahit peria b4 masak ley rendam ngn air garam dulu...betol x?
peria sedap katak ni sedap makan ngan sambal belacan...yummy :)
petua org2 lama:rendam peria yg dah dipotong nipis dlm air garam 15-20 minit sebelum memasak.slamat mencube...
pahit...!
pahit...tapi sedapppp. lagi sedap bila msk dgn ikan sardin tin tue.
kalau tak pahit bukan peria namanya!! versi pakmit gurga hehe:)
SAYA ADA TANAM PERIA NI. TAPI BENTUKNYA BULAT?TEPI RUMAH PUN ADA POKOK CIKU.
Namanya pun dah Peria Katak tentulah pahit. Kalau nak makan tak terasa pahitnya itu bukan peria namanya tapi Peria Terubah-suai.
Kalau ada sesiapa yang menanam Peria Katak ni dan ada biji benih yang dah matang bolehlah kirimkan pada saya. Sila email saya di didulee68@yahoo.com. Harap dapat respon dari saudara dan saudari yang budiman.
Bagi mengelakkan rasa pahit, basuh dahulu peria sebelum dipotong-potong. Jangan dibasuh selepas dibasuh.
2 minggu ni hari2 makan peria katak ni...tp dia mmg akan mengakibatkan cirit birit ka????
Saya biasa makan peria katak, tapi tak pernah la cirit birit. Itu bergantung kepada individu kut.
Post a Comment