Jumaat, 12 November 2010

Persediaan untuk menghadapi hari kelahiran (bersalin)




Persediaan untuk bakal anak sudah ada bermula dari kain lampin, pakaian, peralatan mandi dan sebagainya.  Kini hanya menanti saat-saat untuk melahirkan.

Setelah mengalami segala susah payah semasa mengandung, kini saat kelahiran semakin hampir.  Adalah perkara biasa untuk yang pertama kali mengandung untuk merasa risau dan resah gelisah untuk menghadapi saat-saat melahirkan.  Penantian ini adalah amat berbaloi walaupun ia adalah proses menyakitkan  kerana setelah melahirkan, anda akan merasa perasaan yang indah dan mengembirakan melihat bayi anda di sisi dan merasakan perasaan sayang yang melimpah ruah kepada bayi anda.  Ia adalah sangat berbaloi.

Bersedia untuk menghadapi saat-saat kelahiran
Untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi kelahiran, adalah digalakkan untuk anda mengikuti kelas antenatal, berbincang dan bertanya kepada rakan-rakan yang pernah melahirkan, menonton video proses kelahiran dan mengamalkan pernafasan untuk mendapat ketenangan.

Kelas Antenatal
Di dalam kelas ini anda akan mendapat maklumat tentang :

 1.  Senaman yang akan membantu memudahkan proses kelahiran dan cara pernafasan yang betul.  Pasangan anda pula akan diajar tentang urutan tangan yang boleh membantu anda tenang sebelum dan semasa proses kelahiran.
 
 2.  Anda akan mendapat maklumat tentang keseluruhan proses bersalin iaitu termasuk proses perubatan.

3.  Anda akan berpeluang untuk belajar kedudukan-kedudukan posisi badan semasa proses kelahiran.  Anda juga akan diberikan maklumat tentang pilihan "pain relief" yang akan digunakan bergantung kepada keadaan.

4.  Anda akan mendapat maklumat yang boleh membantu persediaan menyambut orang baru di dalam keluarga anda sama ada secara emosi dan juga praktikal.

5.  Disana juga anda akan bertemu rakan-rakan yang mempunyai keadaan yang sama dengan anda.  Jadi anda boleh berbincang dan bertukar-tukar maklumat dengan mereka.

kebanyakan kelas diadakan enam atau lapan minggu terakhir mengandung.  Walaubagaimanapun anda perlu membuat tempahan 12 bulan terakhir mengandung.

Tiada ulasan: