Sabtu, 6 November 2010

Persiapan menyambut kedatangan orang baru



Pada artikel yang lalu saya telah membincangkan tentang khasiat penting yang di perlukan semasa mengandung.  Setelah menjaga segala pemakanan selama sembilan bulan dan mengalami segala susah payah semasa mengandung, kini tibalah masanya untuk menyambut orang baru.  Ini pasti masa yang amat dinanti-nantikan oleh bakal ibu dan bakal bapa terutama yang menanti kelahiran bayi sulong.  

Bagi pasangan yang bakal menyambut bayi pertama, pastilah semua barangan tidak ada.  Di bawah ini disenaraikan barangan keperluan asas yang perlu disediakan beberapa minggu sebelum tarikh kelahiran.  Ia perlu disediakan awal kerana kadang-kadang kelahiran awal dari tarikh yang dijangka, dan kadang-kadang lewat.  Sebaik-baiknya barangan ini disediakan semasa kandungan berusia tujuh bulan dan ke atas.

Barang-barang keperluan tersebut adalah:


1.  Koleksi pakaian bayi
     Koleksi pakaian bayi adalah persiapan yang terpenting.  Ciri-ciri pakaian tersebut sebaiknya berbutang di depan, di sekeliling peha dan di pangkal peha.  Ianya mestilah mudah dipakai, selesa untuk bayi dan boleh dibasuh dengan menggunakan mesin basuh.

Walaupun bayi tidak kisah dengan apa yang dipakaikan kepadanya, sebaiknya membezakan jenis pakaian yang sesuai untuk pakaian siang dan malam untuk membantu bayi anda membezakan perbezaan waktu.

Senarai baju bayi yang perlu adalah:
a.  Ves - untuk bayi baru lahir.  Sebaiknya "bodysuit" yang berbutang katup serta menutup leher.
b.  10 pasang baju - lima pasang untuk waktu siang, lima pasang untuk dipakai pada waktu malam.
c.  Sehelai baju sejuk - untuk melindungi bayi dari kesejukan ketika keluar rumah.
d.  Barut bayi - beberapa helai.
e.  Sarung tangan dan kaki - beberapa set.
f.   Stokin lembut - dua ke tiga pasang











g.  Topi pelindung matahari atau topi bulu.


Bagi yang berkemampuan, boleh la beli lebih dari yang disenaraikan.

2.  Sebuah buaian, katil bayi atau bakul moses sebagai tempat tidur.









3.  Peralatan tempat tidur termasuk bantal, bantal peluk dan selimut lembut.
4.  Set mandian bayi.











5.  Dua helai tuala lembut.
6.  Tilam lembut untuk menukar pakaian.
7.  Tikar getah bayi, untuk menukar lampin.
8.  Lampin kain dan lampin pakai buang yang khas untuk bayi baru lahir.
9.  Besen mandian bayi.











10.  Minyak yu yee cap limau -  untuk disapukan pada bahagian belakang, perut dan tapak kaki bayi untuk mengelakkan kembung perut.









11.  Peralatan botol susu bayi, jika anda tidak menyusukannya sendiri.

12.   Jika berkereta - tempat duduk bayi khas untuk kereta yang boleh juga digunakan sebagai serusi bayi.











Dengan paparan secara kasar keperluan asas bayi ini diharap dapat menjadi panduan kepada para bakal ibu bapa baru.  Selepas itu bolehlah ditambah sedikit-demi sedikit keperluan-keperluan lain.

1 ulasan:

Hanis_Zieti berkata...

eee..sonok cm sy dulu..bila due nih????