Sunday, 21 November 2010

Tips penjagaan tokek

Tips penjagaan tokek

Makanan
Tokek memakan semua jenis serangga, cicak rumah, anak tikus, cengkerik, hati ayam yang dipotong kecil-kecil serta  kulit ayam yang dipotong kecil-kecil.  Mengikut pengalaman pemelihara tokek ini, tokek akan lebih cepat besar jika ia selalu diberi makan cengkerik. 


Kandang tokek

Kandang 1:
Sebaik-baiknya satu kandang untuk satu tokek sahaja.  Tokek adalah bersifat karnibal iaitu jika tiada makanan dan ia dalam keadaan lapar, ia akan memakan spesisnya sendiri.  Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tokek itu dari mengawan dan berkembang biak kerana tujuan asal adalah untuk membesarkan tokek tersebut.  Jika ia mengawan dan berkembang biak, ia akan lambat membesar.

Kandang tersebut sebaik-baiknya diperbuat dari kayu dan dipaku rapat-rapat agar kandang tersebut dalam keadaan gelap.  Buatkan satu sudut yang boleh mendapat pancaran matahari kerana ada ketikanya tokek ini ingin berjemur kerana ada ketikanya ia memerlukan cahaya matahari.  

Letakkanlah ranting kayu di dalam kandang tersebut sebagai tempat ia bertenggek untuk menimbulkan suasana kehidupan habitatnya yang sebenar.





Kandang 2:

Selain kandang tokek seperti yang diterangkan di atas, di bawah ini juga  contoh kandang tokek yang mudah dibuat bagi anda yang baru membela tokek.



Bahan-bahannya adalah aquarium ikan , jaring dawai, kayu dan buluh.  Buluh tersebut adalah tempat ia bersembunyi.  Untuk kandang seperti ini, ia bolehla dibiarkan terbuka seperti di gambarajah kerana jika ia inginkan privasi, ia boleh masuk kedalam buluh tersebut.

Kandang 3:

Kandang jenis ini cantik sedikit...umpama rumah banglow la untuk tokek tu.  Dinding belakangnya dibuat dari papan playwood, rangka di buat dari aluminium, bumbung dan lantainya diperbuat dari kaca yang boleh dibuka tutup untuk memudahkan anda memasukkan makanan dan minuman serta untuk memudahkan anda membersihkan kandang.  Untuk perabut banglow ni, letakkan la juga buluh dan ranting kayu untuk tokek itu berehat.


SELAMAT MENCUBA

10 comments:

Simplemama said...

wow..ader gak ye..teknik penjagaan tokek..u ada bela tak?

Cempakamelati said...

Tak pernah lagi bela tokek ni...kawan saya yang bela. kalau berminat nak pelihara tokek ni bagitau tau...harga boleh runding.

Penggoreng said...

wahhh.. dah makin maju bisnes tokek neh heheehe

zam said...

agak2 kalu kita bela tokke sampai 300g brapa kos bela tuh

RiSha4ever said...

perghh... ada bisnes baru nih... lumayan... lumayan... blh jadi jutawan tokek lak lepas nih... ahaks

S..U..D..@..I..S said...

wah lumayan bisnes tokek, jom cuba, cari

Cempakamelati said...

Zam...kosnya saya tak tau la...tapi mengikut kata pemelihara tokek ni, ia makan masa yang agak lama untuk membesar.

apih el nino said...

Saya ada tokek! Tunggu sikit lagi baru cecah 300g :)

Anonymous said...

Nak cuba bela tokek emas..nak beli seekor tp kalau dapat nak beli yg kecil..harganya maybe murah sikit..sape ada boleh le jual kat saya..kecik sudah lah..

Shahrizah Ismail Nasaruddin said...

Saya tak minat lagi dengan tokek ni. Dari maklumat yang terbaru..ramai yang dah berhabis duit sampai terabai keluarga pasal tokek ni. Baru-baru ni..kat surat khabar Harian Metro keluar berita yang orang tengah kena bunuh dengan tuan tokek sebab hilangkan diri selepas minta orang tengah ni carikan pembeli untuk tokeknya. Tokek tersebut tak dapat dikesan sampai sekarang.