Wednesday, 30 March 2011

Kuasa penyembuh Sup Ayam

Sup ayam adalah makanan enak dan mudah untuk disediakan.  Ia juga adalah antara hidangan yang paling disukai oleh rakyat Malaysia.  Di samping rasa enak, adakah anda tahu bahawa sup ayam juga boleh dijadikan sebagai ubat penyembuh penyakit?! 

Sup ayam dikenali juga sebagai food of body and soul kerana khasiat yang dimilikinya.  Kebanyakan doktor mensarankan kepada pesakitnya yang mengalami selsema untuk memakan semangkuk sup ayam panas.  Dipercayai bahawa bawang putih dan lada hitam yang dicampurkan ke dalam sup tersebut mampu mancairkan kahak dan membuang lendir.  Wap yang terhasil ketika sup masih panas juga mampu melegakan hidung tersumbat. 

Asid amino yang dikeluarkan oleh ayam semasa proses memasak juga dikatakan menyerupai acetylcsteine yang selalu digunakan untuk mengubati salur pernafasan.


3 comments:

Unknown said...

dan juga makanan untuk diet...kalau letak halia banyak2 boleh buang angin best!!

Unknown said...

waaa,,
kalu makan panas2 ni mmg dh lupa trus dh khasiat dia,,,
hehe
tau makan jer

Kidney Expert said...

Tapi admin walaupun pada hakikatnya sup ayam berkhasiat, tetapi pada saya ianya bergantung juga kepada cara penyediaan dan bahan yang digunakan.

Contohnya kalau digunakan bahan penambah perisa yang berlebihan seperti ajinomoto,pastinya akan mengundang penyakit.