Friday, 1 April 2011

Matawang USNA A1000 untuk semua





USA, Canada dan Maxico telah bersatu untuk menggunakan duit yang sama dan yang baru.  Nama duit tersebut adalah Amero atau oleh juga dipanggil Usna Amero.  Usna adalah singkatan daripada United States of North America.



Tujuan mereka mewujudkan wang baru adalah untuk menyatukan tiga negara tersebut, dan cuba untuk menyeimbangkan ekonomi ketiga-tiga negara tersebut.  Nilai US Dollar juga sekarang semakin lemah dan tidak menentu.

Anda mungkin tertanya-tanya berapakah nilai USNA A1 .  Nilai tersebut adalah bersamaan dengan US dollar di campur dengan Canadian Dollar dicampur dengan Maxican Peso.  Oleh itu, ketika saya menaip artikel ini, nilai pagi USNA A1 adalah USD4.  Ini bermaksud A1000 adalah USD4000.

Untuk memperkenalkan wang ini kepada dunia, USNA becadang untuk memberikan setiap orang di seluruh dunia sehelai wang USNA A1000.  Wang ini cuma akan sah diperlakukan pada bulan April tahun hadapan.  Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mencetak wang USNA A1000 diatas dalam warna dan postkannya ke Amerika Utara pada sekeping kertas A4 dan bersama kertas A4 tersebut, anda perlu meletakkan nama dan alamat anda.

Apa tunggu lagi, cetaklah wang tersebut sekarang.  Cuma diingatkan, seorang cuma boleh menerima sehelai sahaja matawang tersebut.

Alamat adalah seperti di bawah :






Alamat seperti di bawah:









Alamat seperti di bawah.





























APRIL FOOL






 
Jangan marah!!!!!

3 comments:

shark said...

waaaa..
susah tu kalu negara nk bersatu

Jamal Ali said...

Oh, saya tak terkejut... Hmmm...

Kidney Expert said...

Cis,terkena pulak aku.Jadinya cerita ni tak betul lah ye.