Saturday 2 April 2011

Kenali lelaki melalui sakunya

Suami mempunyai peranan yang amat penting dalam ekonomi rumah tangga kerana beliaulah yang akan menanggung segala perbelanjaan rumah tangga dan menyediakan keperluan untuk isteri dan anak-anak.  Untuk para wanita, tidak lah keterlaluan untuk mengenali pasangan dan melihat cara si dia menguruskan kewangannya dan juga untuk melihat tentang kemampuan bakal suami untuk menanggung keluarga yang akan dibina kelak kerana suamilah tonggak ekonomi rumahtangga. Tidak salah jika seseorang wanita itu bersikap sedikit materialistik.

Cara lelaki berbelanja juga boleh membayangkan sama ada dia dari jenis orang yang berdikari, seorang yang teliti, berfikiran panjang dan sebagainya.  Di bawah ini perkara penting bagi semua wanita untuk melihat dan mengenali cara menguruskan kewangannya.




1.  Bayar tunai tiap kali berbelanja
Lelaki ini adalah dari kelompok yang suka berdikari dan percaya pada diri sendiri.  Dia dari jenis yang tidak mudah terpengaruh dengan cakap orang.  Sikapnya yang tidak suka berhutang adalah petanda awal yang baik kerana ini membayangkan yang si dia tidak berbelanja lebih dari pendapatan. 

2.  Selalu kesempitan wang
Lelaki dari jenis ini dari jenis lelaki yang tidak pandai berdikari dan menguruskan kewangan.  Di saat dia tidak memiliki wang, dia suka meminjam wang atau berbelanja menggunakan kad kredit.  Untuk semua wanita...awas..Lelaki jenis ini mungkin akan suka memainjam dan sukar untuk membayar.  Mereka mungkin juga suka memainjam duit dari anda dan sukar untuk membayar kembali.  Elakkanlah lelaki jenis ini kerana mereka tidak pandai untuk menguruskan hal kewangan dan petanda awal yang mereka akan juga lalai untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

3.  Sangat teliti ketika mengeluarkan wang
Lelaki yang teliti dalam soal mengeluarkan wang memang baik.  Tetapi awas..andaikata si dia mengajak anda keluar makan dan memutuskan dia dan anda harus membayarnya bersama dan suka meneliti harga makanan yang dipesan!..  Lelaki jenis ini adalah lelaki yang terlalu berkira.  Mereka juga tidak bertoleransi dan sukar memaafkan jika anda melakukan kesalahan, walaupun kesalahan kecil.  Mereka juga nanti mungkin bakal menjadi suami yang kurang bertanggung jawab terhadap ekonomi dan juga rumahtangga.

4.  Tidak kisah mengeluarkan wang
Biasanya lelaki jenis ini tidak berfikir panjang semasa berbelanja.  Lelaki ini adalah dari jenis lelaki yang boros.  Sanggup berbelanja demi memenuhi kemahuannya.  Bagi wanita, mereka haruslah berfikir panjang sebelum mengahwini lelaki jenis ini.

Segala yang saya tulis di atas tidak semestinya benar dan ia hanyalah sekadar panduan sahaja  Andalah yang lebih mengenali dan mengetahui orang yang anda kasihi kerana mereka lebih dekat dengan anda.  Apa yang ingin saya nasihatkan di sini, berhati-hatilah ketika memilih pasangan. 

2 comments:

azwa amani said...

wahhh..gitu ker rupenyerr...macehh :)

Kidney Expert said...

Salam admin,

Ada bernasnya juga panduan di atas.Contohnya lelaki yang suka meminjam ni boleh dikategorikan sebagai lelaki yang tidka pandai dan tidak merancang perbelanjaan kewangannya.

Saya ada seorang kawan yang macam ni.Baru je dapat gaji duit dah habis bayar hutang.