Monday 14 March 2011

Elakkan pengambilan bawang putih berlebihan

Bawang putih biasanya digunakan untuk menambah perisa masakan.  Bagi sesetengah orang, adalah tidak sah jika tidak mancampurkan bawang putih ke dalam masakan kerana ia akan mengurangkan keenakan dan aroma masakan tersebut terutamanya nasi goreng dan mi goreng.  bawang putih juga dipercayai mempunyai banyak khasiat.  Walaupun begitu anda tidak boleh mengambilnya terlalu banyak dalam sehari kerana apapun yang diambil terlalu banyak akan mengakibatkan kemudaratan.

Adakah anda tahu bahawa jumlah pengambilan yang sesuai diambil dalam sehari adalah tidak lebih dari 5 gram.  Jika bawang putih diambil berlebihan, ia akan mengakibatkan nafas berbau, cirit-birit, muntah, asma, pengurangan kadar protein dan kalsium, dan akan menjejaskan kadar protein dan kalsium dalam darah.

Bagi lelaki pula, pengambilan bawang putih yeng berlebihan akan mengurangkan kualiti dan penghasilan sperma.

8 comments:

toyolkiut said...

TK suka bawang putih dlm sup..
sedap..

Unknown said...

biasanyer org cina suka bwg putih..
sbb tu ns goreng cina sedap..
x tau lak ada risiko.

AH7 said...

bukan bwg puteh bgs utk laki ker?

Ahmad Kamil said...

salam..sori aunti,dh lame apeb x dtg melawat blog ni..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

best baca blog ni..
banyak maklumat..
terima kasih kongsi info ni yea..

Pokok Manggis Depan Rumah

Cempakamelati said...

Terima kasih Pokok Manggis Depan Rumah dan juga pengunjung-pengunjung blok ni. Semoga apa yang dipaparkan memberi manfaat kepada semua.

Anonymous said...

X bagus pulak ke bawang putih ni...
Sini info lain pulak
http://petua-warisan-kita.blogspot.com/2011/01/khasiat-bawang-putih-allium-sativum.html
:)

Cempakamelati said...

Bawang putih ni bagus khasiatnya, tapi tak boleh diambil terlampau banyak. Jika diambil terlalu banyak, ia tidak baik untuk tubuh kita. Sebagai contoh..ubat batuk atau panadol..jika diambil mengikut sukatan yang betul, ia boleh menyembuhkan penyakit..jika diambil terlalu banyak, dalam jangka panjang ia boleh memudaratkan tubuh kita.