Petua yang akan saya sampaikan ini adalah sangat sesuai untuk orang yang mengalami patah tulang, tulang reput dan juga kanak-kanak yang mempunyai struktur tulang yang tidak kuat. Petua ini disampaikan kepada saya oleh pengamal perubatan tradisional dan tukang urut iaitu Pakcik Nan dari Sungai Pelong, Sungai Buloh Selangor.
Cara-caranya adalah, untuk kanak-kanak, campurkan 7 ranting pokong tulang-tulang dan 1 sudu kecil halba. Rebuskan bahan tersebut bersama sedikit air. Apabila air tersebut telah sejuk, beri kanak-kanak tersebut minum. Amalkan sekurang-kurangnya 21 hari atau lebih. Insyaallah tulang kanak-kanak tersebut akan bertambah kuat dari sehari ke sehari.
Untuk orang dewasa yang mengalami masalah patah tulang dan sebagainya pulapula, gunakan sukatan yang lebih dari itu. Amalkan juga selama sekurang-kurangnya 21 hari.
No comments:
Post a Comment