Saturday, 10 November 2012

Rahsia membina kejayaan dalam perniagaan

Di sini ingin saya kongsikan sedikit dari ilmu yang saya dapat semasa menghadiri Seminar Jutawan Industri yang diadakan pada 4 november 2012.  

Anda mungkin ada banyak idea perniagaan yang anda ingin lakukan tetapi tak tahu bagaimana dan di mana hendak dimulakan.  Untuk memastikan idea perniagaan anda menjadi tindakan, anda haruslah mengikuti system MESTI..iaitu :

1.  Mentor
  • Mesti ada mentor yang memang dah berjaya melakukan perniagaan tersebut.  Tanpa mentor, anda akan gagal banyak kali sebelum menemui cara yang betul untuk melakukan sesuatu perniagaan.  
2.  Elmu (Ilmu)
  • Mesti dapatkan ilmu dari orang yang betul.  Bila kita bertanya pada orang yang salah, kita akan dapat jawapan yang salah.  Sebagai contoh:  Kita hendak mendaki gunung dan kita bertanya kepada jiran sebelah rumah yang langsung tidak pernah mendaki gunung.  Jiran kita ada kemungkinan besar tidak menyokong tindakan kita itu kerana menganggap tindakan mendaki gunung itu adalah satu tindakan yang tidak berfaedah. Ada kemungkinan juga kita akan ditertawakan dengan idea kita itu.
3.  Sistem
  • Apabila kita telah jumpa mentor yang baik, kita haruslah ikut seratus peratus sistem, strategi dan formula yang diajarkan.  Ia adalah cara yang mudah untuk berjaya kerana cara mereka telah terbukti berkesan.  Ia menjimatkan masa dan kos dari anda melakukan percubaan demi percubaan sebelum menjumpai cara yang betul untuk melakukan sesuatu perniagaan.
4.  Tindakan yang luar biasa
  • Tindakan menyumbang kepada 90 peratus kejayaan.  Tindakan yang paling bagus adalah lebih cepat kita bertindak, lebih cepat kita mendapat keputusan.  Kita haruslah menukar aktiviti yang kurang berfaedah kepada yang lebih berfaedah.  Sebagai contoh, tukarkan masa yang anda gunakan untuk menonton televisyen diwaktu petang kepada aktiviti melakukan promosi product perniagaan anda.
5.   Impian yang jelas
  • Impian yang sangat jelas adalah sangat penting untuk mendorong anda berusaha dengan lebih gigih.  Sebagai contoh, dalam 10 tahun akan datang anda mempunyai impian untuk memiliki syarikat perniagaan yang bersar dan berjaya, ingin memiliki rumah yang besar dan selesa untuk seisi keluarga, ingin bebas dari segala beban hutang, ingin menghantar ibu bapa ke Mekah untuk mengerjakan haji atau umrah, ingin membantu ibu bapa mempunyai kehidupan yang mewah dan selesa dan sebagainya.
"Wealthy people, they are work hard ny working smart.  Broke people, they think they are smart ny working hard " - Dr. Azizan Osman

Diharap ilmu yang saya tulis kali ini akan memberi anda idea untuk hidup lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkati.

No comments: