Untuk melambatkan mengandung, merancang jumlah anak dan untuk menjarakkan kelahiran, kebanyakan wanita mengambil pil perancang keluarga. Semua wanita dan para suami harus tau jenis dari kumpulan manakah yang harus diambil oleh para isteri.
Pil perancang keluarga terdapat dua kumpulan iaitu kumpulan yang mengandungi dua hormon (estrogen dan progestin) dan kumpulan yang mengandungi satu hormon sahaja (progestin). Pil yang mengandungi satu hormon sesuai untuk ibu yang masih menyusukan anak kerana ia tidak mengganggu penghasilan susu badan. Pil yang mengandungi dua hormon lebih sesuai untuk diambil oleh wanita yang belum melahirkan dan tidak lagi menyusukan anak kerana ia lebih berkesan untuk mencegah kehamilan jika diambil dengan turutan yang betul (sistematik).
Pil yang mengandungi satu hormon sahaja hanya terdapat satu jenama sahaja di pasaran, manakala pil yang mengandungi dua hormon terdapat pelbagai jenama yang mempunyai kombinasi dos hormon yang pelbagai. Setiap kombinasi hormon akan menghasilkan kesan sampingan yang berbeza.
Bagi wanita, kesan yang selalu diambil berat adalah kesan sampingan seperti kegemukan dan jerawat. Dari sudut perubatan pula, kesan sampingan atau risiko pengambilan pil perancang adalah penyakit DVT (pembentukan ketulan darah yang boleh menyumbat salur darah). Semakin tinggi dos estrogen, semakin tinggi risiko DVT. Bagi hormon progestin pula, kecenderungan untuk DVT bergantung kepada jenis hormon.
Sebelum mengambil keputusan mengambik pil perancang, wanita tersebut haruslah menjalani pemeriksaan atau saringan oleh doktor untuk mengenal pasti jenis yang sesuai dan risiko yang bakal dihadapi.
Sumber : Harian Metro Isnin 15 Disember 2014 oleh Dr. Adilah Ahmad Jawab (Pakar Sakit Puan)
No comments:
Post a Comment