Mengikut kajian yang dijalankan oleh Yayasan Sains Nasional Amerika Syarikat, sebanyak 26 peratus penduduk Amerika Syarikat tetap ke tempat kerja walaupun jatuh sakit, manakala 34 peratus lagi hanya menunggu sehingga rasa kritikal sebelum membuat keputusan untuk berehat.
Sick Building Syndrome
Tahukah anda bahawa kita terdedah kepada lebih 500 jenis bakteria disebabkan isu ini? "Sick Building Syndrome" boleh berlaku di mana apabila beberapa pekerja mengadu mengalami simtom sakit yang sama seperti sakit kepala, sakit tekak, rasa lesu dan tidak bermaya berlaku, namun tiada penyakit khusus yang boleh dikenal pasti.
Makin gemuk
Menurut kajian di Australia, duduk seharian selama berjam-jam di kerusi akan memberi kesan negatif pada fungsi metabolisma iaitu kurang kalori yang dapat dibakar ketika kita duduk sekaligus membawa kepada masalah kenaikan berat badan, penyakit kencing manis dan jantung.
Sakit anggota badan
Pekerjaan yang memerlukan kita berdiri terlalu lama boleh menyebabkan peredaran darah kurang sempurna, yang akan menyebabkan lemah anggota badan dan lenguh di bahagian belakang.
Sindrom pengelihatan komputer
Ini terjadi apabila kita bekerja menggunakan komputer terlalu lama. Ia akan menyebabkan pengelihatan menjadi semakin kabur, terasa kering di bahagian mata, pening kepala hingga ke tengkuk dan sakit di bahagian bahu. Untuk mengurangkan masalah ini, cubalah beralih pandangan sekurang-kurangnya sejam sekali dari komputer.
Tekanan
Menurut kajian Pertubuhan Psikologi Rakyat Amerika (APA), mereka yang obses dengan kerjaya ramai yang mengalami tekanan di tempat kerja. Mereka mengalami simtom fizikal seperti sakit di bahagian kepala, keletihan, lesu, loya dan sesetengahnya menjadi pemarah. Ada juga yang mengalami penurunan produktiviti kerja.
Bekerjalah dengan cara yang sihat dan imbangi aktiviti harian anda. Imbangilah kehidupan anda sebaik mungkin dengan aktiviti kerja, keluarga, senaman, kerohanian dan masyarakat.
Sumber: harian Metro, Sabtu, 20/12/2014 oleh Shuhada mansor
No comments:
Post a Comment