Monday 15 September 2014

Tanda-tanda sakit di badan mempunyai maksud tertentu. Bahagian 3

TELINGA (Berkaitan dengan buah pingang)

1.  Telinga terasa tersumbat:
  • Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
2.  Telinga berdengung:
  • Tubuh sedang merawat buah pinggang yang lemah.  Biasanya tapak kaki berasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.




KULIT

1.  Peluh masin:
  • Badan mengandungi lebihan asid urik.
2.  Peluh berbau:
  • Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
3.  Ruam dan bisul:
  • Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air
4.  Kulit gatal dengan ruam:
  • Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
5.  Kulit pecah dan berair:
  • Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.  Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


RAMBUT GUGUR
  • Menandakan fungsi buah pinggang lemah.  Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semua dengan lebih sihat dan subur.


SENDI-SENDI TANGAN DAN KAKI

1.  Sakit sendi rasa panas
  • Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout)
2.  Tidak rasa panas
  • Tanda sakit lenguh (rheumatism)
3.  Sakit di bahagian bahu
  • Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisma tidak seimbang.
4.  Kebas tangan
  • Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
5.  Kebas tangan kiri dan lengan:
  • Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.  Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
6.  Kebas kaki
  • Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
7.  Sakit tapak kaki:
  • Menandakan buah pinggang lemah.  Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
8.  Sakit tumit kaki:
  • Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
 9.  Rasa panas di tapak kaki:
  • Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
10.  Gatal di celah-celah jari kaki:
  • Menunjukkan tanda-tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

  •  

1 comment:

sud@is said...

Tq sharing, moga ada manafaat besama