Monday, 8 October 2012

Khasiat teh


Menurut artikel yang ditulis oleh Faizatul Farlin Farush Khan di Harian Metro 4 Oktober 2012, semua jenis teh sama ada teh hijau, hitam, merah mahupun putih mempunyai banyak khasiat.

Teh mengandungi bahan antioksidan yang tinggi.  Ia juga mengandungi vitamin C dan E serta keratenoid dan flavonoid.  Bahan-bahan tersebut mampu mewujudkan pertahanan dan perlindungan kepada kulit dari elemen-elemen yang boleh merosakkannya iaitu dari persekitaran dan pemakanan. 

Peranan vitamin C yang mengurangkan pengeluaran pigmen melanin kulit dan membantu proses sintesis kolegen dapat menjadikan kulit lebih cerah dan berseri serta dapat mengurangkan kedutan dan memperbaiki struktur kulit.

Vitamin E pula adalah antioksiden yang berkuasa dan mampu menghalang radikal bebas dari bertindak merosakkan kulit.  Keupayaannya memperbaiki tekstur kulit turut diperkuatkan dengan kehadiran vitamin C.



Keratenois pula adalah antioksidan yagn mampu menyerap dalam lemak dan mampu menahan serangan radikal bebas yagn diaktifkan oleh selaran ultraungu.


Flavanoid yang terkandung dalam teh pula dapat mengurangkan serta menenangkan masalah radang kulit, seterusnya menghalang penuaan pramatang serta risiko barah kulit.

Gabungan khasiat bahan-bahan diatas yang terkandung dalam teh,mampu memperbaiki kesihatan kulit dan menjadikannya lebih lembut, cerah dan berseri.


     

No comments: