Neil Patel adalah seorang usahawan internet yang berjaya dan pakar dalam pemasaran SEO. Beliau adalah pengasas dua laman web iaitu CrazyEgg dan KissMetriks.
Berikut adalah 5 prinsip perniagaan beliau:
1. Buat duit secepat mungkin
- Duit adalah amat penting untuk perniagaan kita terus bernafas. Adalah penting untuk kita memperoleh duit dalam masa yang singkat selepas kita membuat keputusan untuk membangunkan sebuah perniagaan.
- Blog tersebut mestilah menggunakan blog berbayar iaitu menggunakan domain.com sendiri. Dengan hanya fokus kepada blogging, keuntungan yang boleh didapati adalah berlipat kali ganda.
- Blog adalah alat pemasaran berkos rendah. Maklumat yang boleh diterbitkan diblog adalah:
- Cara menggunakan produk kita
- Diari perniagaan semasa
- Penerbitan testimonial-testimonial pelanggan.
- Keluar duit untuk tujuan pengiklanan, Kelebihan pengiklanan adalah kita dapat memperkenalkan produk kita kepada orang ramai. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam masyarakat tendang kwujudan perniagaan kita.
- jangan buat duit dan bina perniagaan seorang diri. Rezeki dikurniakan Tuhan adalah untuk hak orang ramai. Bina pasukan perniagaan apabila berkemampuan.
- Pasukan yang hebat juga mampu meledakkan perniagaan kita ke satu tahap yang lebih baik dalam masa yang singkat.
- Buat pelanggan jatuh cinta dengan business kita. Cara yang palin gmudah adalah menjawab setiap soalan mereka dari pelbagai medium antaranya Facebook, email dan lain-lain. bantu mereka tanpa perlu caj.
- Aktiviti ini bukan sahaja baik untuk keuntungan perniagaan, malah ia juga mengukuhkan jenama kita di mata pelanggan.
Jika ingin berjaya di dalam bidang perniagaan,
hendaklah belajar dari orang yang telah berjaya. Neil Patel adalah
salah seorang ahli perniagaan yang berjaya yang boleh dijadikan contoh. Semoga paparan ini memberikan manfaat kepada semua.
Sumber : Majalah Niaga Edisi Khas
Sumber : Majalah Niaga Edisi Khas
No comments:
Post a Comment