Selasa, 14 Jun 2011

10 tips mengurangkan kedutan


Kehadiran kedutan dimuka adalah amat digeruni oleh kebanyakan wanita kerana ia akan menampakkan diri telah dimamah usia.  Walaupun ia sukar untuk dielakkan 100 peratus, usaha untuk mengurangkan kehadirannya perlu dilakukan agar wajah tanpak lebih muda dan jelita.  Kehadirannya juga harus diminimakan agar wajah tidak kelihatan lebih tua dari usia. 

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk meminimakan kedutan dan untuk menganjalkan kulit, iaitu:

1.  Mengamalkan pemakanan yang sihat

Diri anda adalah apa yang anda makan.  Ambillah makanan yang menyumbang kepada kesihatan kulit iaitu lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.  Ia mampu membantu memperbaiki struktur kulit.  Hendaklah mengurangkan pengambilan makanan segera, makanan berminyak dan makanan berlemak.



2.  Lindungi kulit anda dari sinaran matahari

Sinaran ultra ungu yang terdapat pada sinaran cahaya matahari boleh mempercepatkan kedutan pada kulit.  Oleh itu elakkanlah kulit anda dari terdedah kepada sinaran terus matahari untuk jangkawaktu yang panjang.  Gunakanlah krim pelindung matahari setiap kali anda ingin keluar rumah pada waktu siang iaitu krim yang mengandungi SPF 15 atau 20 yang mampu melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB.

3.  Penggunaan krim pelembab

Elakkan kulit anda dari mengalami pengeringan kerana kekeringan kulit adalah penyumbang kepada kehadiran kedutan.  Gunakanlah krim pelembab yang sesuai dengan kulit anda.  Ia dapat membantu kulit anda mendapat cukup lembapan yang mana dapat membantu kulit untuk menjadi lebih elastik dan mengurankan kedutan.

4.  Dapatkan tidur yang cukup

Tidurlah sekurang-kurangnya enam jam sehari.  Tidur yang cukup akan menghasilkan tubuh yang sihat dan cergas yang mana dapat mengelakkan kelesuan pada wajah.  Ianya sekaligus dapat membantu mengurangkan risiko kehadiran kedutan.

5.  Menggunakan pelindung mata

Penjagaan mata adalah amat penting kerana kedutan amat mudah terjadi disekitar mata.  Penggunaan krim mata amat membantu mengatasi masalah ini.  Penggunaan cermin mata yang mempu mengelakkan mata dari sinaran UVA dan UVB juga patut digunakan ketika anda terdedah kepada pancaran matahari dan juga ketika manggunakan komputer dan menonton televisyen. 

6.  Mengamalkan pengambilan ikan sebagai diet harian

Ikan sememangnya kaya dengan protein yang dapat membantu membina struktur kulit.  Omega-3 yang terdapat pada ikan salmon, mackerel dan tuna misalnya mengandungi ALA (Alpha Linolenic Acis) dan EPA (Eicosapemntanoik Acid) dan DHA (Docosahexanoic Acid) yang amat baik untuk tubuh dan kulit.

7.  Senaman secara teratur

Senaman yang teratur mampu menyumbang kepada kesihatan tubuh sekaligus kepada kesihatan kulit.  Lakukanlah senaman ringan setiap hari terutamanya ketika setiap kali bangun tidur selain dari senaman yang dilakukan selama sekurang-kurangnya 20 minit setiap sessi, tiga kali seminggu.

8.  Minum air dalam jumlah yang mencukupi

Minumlah air sebanyak lapan gelas sehari untuk cuaca dan keadaan yang normal.  Minumlah lebih dari lapan gelas sehari ketika cuaca panas dan ketika mangadakan aktiviti yang aktif dan ketika berada di tempat berhawa dingin.  Kandungan air yang cukup dalam tubuh mempu mengekalkan keanjalan kulit dan dapat mengelakkannya dari berkedut.

9.  Bersihkan sisa solekan

Jangan sesekali tidur tanpa membersihkan sisa solekan pada wajah anda.  Sisa solekan ini, walaupun cuma bedak, akan menutup pori-pori kulitIa boleh menyebabkan pori-pori tersumbat yang menyumbang kepada kehadiran kedutan.


10.  Hindari dari merokok dan duduk berhampiran orang yang merokok

Merokok mampu mengurangkan kelembapan kulit dan menyumbang kepada kehadiran kedutan.  Elakkanlah dari tabiat merokok dan berada berhampiran orang yang sedang merokok.  Segeralah membersihkan wajah anda jika terpaksa bersama orang yang sedang merokok jika anda sayang kan kulit anda.



3 ulasan:

fairuz berkata...

aaaa dah buat semua ni. tapi kedut jugak. mcmne tu? huhu

S..U..D..@..I..S berkata...

lambat sket berkedut.....

hakmi berkata...

cucuk je botox